Percutian Dari Zon Hijau Ke Zon Hijau Dibenarkan. Ini Dokumen Yang Perlu Disediakan

Untuk makluman anda, aktiviti pelancongan dari mukim/ daerah/ negeri Zon Hijau ke mukim/ daerah/ negeri Zon Hijau adalah DIBENARKAN.

Kerajaan telah memperkenalkan SOP gelembung perjalanan domestik bagi tujuan pelancongan di dalam negeri. Walaubagaimanapun, perjalanan ke zon kuning, jingga dan merah masih tidak dibenarkan demi menjaga keselamatan ramai.

Individu yang berhasrat untuk bercuti dari zon hijau ke zon hijau perlu menyediakan beberapa dokumen sebagai bukti anda perlu rentas mukim/ daerah/ negeri bagi tujuan melancong

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah beberapa dokumen yang perlu disediakan bagi tujuan melancong ke Zon Hijau:

  • Pengesahan pelancong berasal dari zon hijau menunjukkan deklarasi tahap kesihatan risiko semasa berstatus low risk (risiko rendah) melalui aplikasi Profil MySejahtera
  • Bukti tempahan penginapan/ tiket/ pakej pelancongan
  • Iltinerari pelancongan atau apa apa dokumen yang ditentukan oleh PDRM

WAJIB mendapatkan surat kebenaran dari PDRM jika anda perlu merentasi kawasan kuning, jingga dan merah.

SURAT KEBENARAN RENTAS NEGERI PDRM

Bagi yang memerlukan surat kebenaran dari PDRM untuk merentasi kawasan kuning, jingga dan merah boleh dapatkan borang di bawah:

BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI PDRM

SOP GELEMBUNG PERJALANAN DOMESTIK

Berikut adalah SOP Gelembung Perjalanan Domestik yang perlu dipatuhi untuk melancong dari kawasan Zon Hijau ke Zon Hijau:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma