Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita & Ibu Yang Ada Anak Kecil
Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Pasti ramai yang menantikan bulan ini tiba dan paling yang dinantikan adalah ibadah solat sunat terawih. Namun tidak semua dalam kalangan kita yang berpeluang untuk mengerjakan solat sunat ini di masjid kerana kekangan masa dan kerja.
Namun itu bukan penghalang untuk kita tidak menunaikan ibadah solat sunat terawih kerana ia masih boleh dilaksanakan di rumah mengikut panduan yang betul.
Khusus buat para wanita dan ibu yang perlu menjaga ramai anak di rumah, ini adalah panduan dan cara untuk anda menunaikan solat sunat terawih di rumah bersendirian.
Isi Kandungan
SOLAT TERAWIH SENDIRIAN
Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.
Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain.
Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
ADAKAH SELAWAT SETIAP 2 RAKAAT ITU PERLU?
Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.
Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH DI RUMAH
Baca niat,dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20. Surah selepas Al-Fatihah, adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca. Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:
Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20. Selesai solat tarawih, baca doa selepas terawih berikut:
SOLAT WITIR
Selepas menunaikan solat tarawih, jangan lupa juga solat witir. Berikut disertakan sekali cara solat witir selepas solat tarawih. 2 rakaat dahulu, diikuti 1 rakaat.
Selesai 3 rakaat witir, baca doa berikut:
Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi semua umat islam yang bakal menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi. Semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menunaikan ibadah terawih.