7 Soft Skill Yang Buatkan Majikan Tertarik Untuk Ambil Anda Bekerja

Nak mohon kerja, tetapi tiada pengalaman yang cukup dalam bidang kerja yang dimohon? Tahu tak, sesetengah majikan akan pandang soft skill calon dalam temuduga! Jika anda ada beberapa soft skill yang dipandang oleh majikan ini, berkemungkinan besar anda akan diambil kerja!

Salah satu langkah untuk anda tunjuk bahawa anda ada soft skill ini adalah masukkan dalam resume. Soft skill yang bagaimana sesuai dan sangat penting dimasukkan ke dalam resume supaya dapat tarik perhatian majikan?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai soft skill yang dapat tarik perhatian majikan dalam mohon kerja.

7 SOFT SKILL YANG BUAT MAJIKAN TERTARIK

1 Mahir Menyelesaikan Masalah

Anda bukan sekadar boleh mendengar masalah yang diajukan, tetapi anda perlu mempunyai skill daripada segi menyelesaikan masalah, plan untuk selesaikan masalah serta rumusan setelah masalah diselesaikan. Malah anda juga tahu cara untuk mengelakkan masalah ini berlaku lagi pada masa akan datang.

2 Pemikiran Yang Kritikal

Ini adalah satu bonus yang besar kepada majikan sekiranya anda mempunyai kemahiran ini. Skill ini sangat penting kerana ia memerlukan pemikiran yang sangat pantas untuk mengenalpasti sesuatu masalah dan peluang besar yang ada dihadapan mata. Pemikiran yang kritikal ini juga sangat baik untuk menangani sesuatu masalah dengan memberikan best solution serta manfaat untuk semua orang.

3 Kreatif

Sekiranya sesuatu syarikat berada dalam keadaan yang sama sahaja pastinya ia membangkitkan suasana yang bosan kepada semua pekerja. Seorang pekerja yang mempunyai kreativiti yang tinggi akan mewujudkan persekitaran yang ceria dan gembira hasil daripada idea yang baru untuk disumbangkan kepada syarikat. Jadi, seorang yang kreatif sangat diperlukan oleh majikan untuk menghasilkan perkara baru seiring dengan pembangunan dari semasa ke semasa.

4 Deligasi / Smart Work

Bagaimanakah seorang yang mempunyai skill ini bekerja? Mereka bijak dalam pengurusan kerja akan membahagikan tugasan yang banyak dengan cara yang betul dan baik serta tugasan tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan serta hasilnya adalah terbaik.

5 Emosi Yang Cerdas

Pentingnya seorang pekerja yang cerdas emosinya kerana masing-masing perlu bekerja dengan profesional. Ini kerana pekerjaan tersebut tidak melibatkan 1 pihak sahaja, malahan terdapat banyak cabang urusan seperti berurusan dengan pelanggan, vendor, pelabur dan sebagainya. Malahan, setiap urusan pastinya adalah dalam tempoh jangka masa yang panjang. Jika tidak bekerja dengan profesional, khuatir networking yang dibina akan berakhir dengan sia-sia.

6 Mahir Membuat Keputusan

Kebanyakan pekerja yang cepat mendapat kenaikan pangkat adalah mereka yang mahir dan bijak membuat sesuatu keputusan berkaitan tugasan yang diberikan. Inilah ciri yang dicari oleh setiap majikan supaya segala urusan berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang. Ini adalah kerana setiap keputusan pastinya melibatkan syarikat tersebut serta organisasi lain yang berkaitan.

7 Mahir Membuat Rundingan

Skill mahir membuat rundingan yang betul mampu menjana bisnes jangka masa panjang kepada sesuatu syarikat. Tambahan lagi jika anda sudah biasa dan berpengalaman membuat rundingan dengan pihak luar serta menjana kelebihan kepada syarikat.

Dah tahu 7 kemahiran ini, jangan pula anda tipu dalam resume! Jika tidak ada kemahiran ini sekarang, anda boleh asah kemahiran dari sekarang.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma