Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan Universiti Awam Beserta Tips Menjawab Soalan

Anda ingin bergelar guru di Malaysia? Antara salah satu proses yang perlu anda lalui adalah Malaysian Educators Selection Inventory atau dikenali sebagai ujian MEdSI. MEdSI adalah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Untuk pengetahuan anda calon hanya layak dan sah untuk menduduki ujian sekali sahaja, jadi perlu lah lakukan betul-betul untuk ujian ini. Sebagai persediaan untuk calon menghadapi ujian MEdSi penting untuk calon kaji contoh soalan ujian dan format ujian agar tidak berlaku kesilapan di hari ujian nanti.

Berikut adalah format dan contoh soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam.

FORMAT UJIAN MEDSI

Jumlah soalan yang wajib dijawab oleh calon adalah sebanyak 300 soalan dalam masa 1 jam. Format soalan terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu:

  • Bahagian 1 – Personaliti (110 soalan)
  • Bahagian 2 – Minat Kerjaya (60 soalan)
  • Bahagian 3 – Nilai Integriti (70 soalan)
  • Bahagian 4 – Kecerdasan Emosi (40 soalan)

TIPS MENJAWAB SOALAN

Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan Universiti Awam Beserta Tips Menjawab Soalan

CONTOH SOALAN UJIAN MEDSI

Contoh soalan ujian MEdSI mengikut bahagian adalah seperti berikut:

Bahagian 1 – Soalan Personaliti

Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam

Bahagian 2 – Soalan Minat Kerjaya

Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam

Bahagian 3 – Soalan Nilai Integriti

Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam

Bahagian 4 – Kecerdasan Emosi

Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam Contoh Soalan Ujian MEdSI Kursus Pendidikan IPTA Universiti Awam

Jangan pula anda hafal jawapan yang disertakan di atas kerana jawapan setiap individu adalah berbeza-beza dan bergantung kepada personaliti masing-masing. Yang penting sekali anda perlulah menjawab secara jujur.

Menerusi ujian ini, calon akan dinilai sebelum dipanggil ke temuduga iaitu saringan terakhir sebelum diputuskan layak atau sebaliknya ke kursus pendidikan berkenaan. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda membuat persediaan untuk menghadapi ujian MEdSI kelak.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma