Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruukur Gred JA29
Bagi calon yang mendapat tawaran temuduga untuk jawatan Penolong Juruukur Gred JA29, tahniah diucapkan! Untuk melayakkan calon mendapat lantikan untuk jawatan yang dimohon, calon mestilah melalukan yang terbaik dalam temuduga, iaitu tapisan terakhir sebelum pemilihan calon yang layak.
Selain daripada persiapan dari segi fizikal, calon juga perlu tahu beberapa contoh soalan temuduga yang akan ditanya nanti agar tidak terpinga-pinga nanti jika ditanya tentang soalan yang calon tidak studi.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 dan contoh soalan temuduga yang dikongsikan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Kumpulan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya dan pelbagai agensi kerajaan.
- Jadual Gaji:
– Minimum : RM1,549.00
– Maksimum : RM5,701.00
– Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
DESKRIPSI TUGAS
Berikut adalah deskripsi tugas untuk jawatan Penolong Juruukur Gred JA 29 yang WAJIB calon tahu jika nak lulus:
- Bertanggungjawab melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur.
- Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta.
- Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah.
- Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA
Berikut adalah contoh soalan temuduga untuk jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 sebagai panduan untuk calon:
- Ceritakan sedikit tentang diri anda, latar belakang dan pengalaman kerja anda sebelum ini
- Apakah tugas seorang Juruukur?
- Apa yang anda tahu mengenai tugas Juruukur?
- Apa yang terdapat dalam Dokumen Tender?
- Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Kuantiti?
- Apa yang terkandung dalam Senarai Kuantiti?
- Siapakah Pengarah JUPEM, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan?
- Berapa gaji permulaan untuk jawatan (JA29) ini. Jika gaji yang diberikan sekarang lebih tinggi dari jawatan ini, kenapakah anda masih mahukan jawatan ini?
- Kenapa anda hendak kerja dengan kerajaan?
- Jika di tempatkan di tempat pendalaman, adakah anda sanggup pergi?
- Di tempat kerja baru yang anda ditempatkan (kawasan pendalaman), anda diletakkan di bawah Jurutera Awam dan anda hanya seorang JUB saja di sana. Sekiranya anda mempunyai masalah dalam membuat senarai kuantiti, siapakan anda akan minta tolong?
- Sebutkan Aktiviti Kadaster yang anda tahu
- Anda diberikan peluang untuk menanyakan satu soalan kepada kami. Jadi pastikan anda ambil peluang untuk tanya satu soalan kepada penemuduga
TIPS TEMUDUGA
Sudah baca soalan-soalan di atas? Jika anda tidak tahu jawapannya sekarang, itu perkara biasa. Apa yang perlu anda lakukan adalah cari jawapan kepada soalan tersebut SEKARANG! Macam mana nak cari jawapan?
- Buat kajian mengenai jawatan
- Buat kajian mengenai kajian berkaitan
- Baca isu-isu semasa berkaitan jawatan
- Ketahui Visi, Misi, Moto & Dasar Kualiti jabatan
- Buat kajian tentang kod etika jabatan
Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada calon untuk hadapi temuduga kelak. Ingat, jangan bila dah tiba hari temuduga baru sibuk nak fikirkan jawapan. Cari jawapan dari sekarang, buat kajian dan studi sebanyak mungkin.
Selamat maju jaya!