50 Contoh Soalan Temuduga Online TSOI SPA Untuk Rujukan Anda
Mulai 15 Jun 2021, SPA melaksanakan temuduga secara online In Situ (TSOI) sepanjang pelaksanaan PKP bagi meneruskan urusan temuduga bagi jawatan yang telah mengeluarkan tarikh temuduga. Bagi yang pertama kali nak hadir temuduga online (TSOI) SPA ini, pastikan anda buat persiapan sebaiknya bagi mengelakkan berlaku kesalahan nanti.
Tahu tak, calon yang dapat tawaran temuduga online TSOI SPA perlu jalani sesi simulasi sebelum temuduga? Anda boleh baca pengalaman calon yang hadir sesi temuduga online SPA untuk ketahui gambaran sebenar temuduga online SPA nanti. Selain itu, anda juga perlu tahu contoh-contoh soalan temuduga online SPA yang akan ditanya nanti.
Dapatkan koleksi contoh soalan temuduga online TSOI SPA untuk rujukan calon di perkongsian bawah.
Baca juga: Panduan Sebelum, Semasa & Cara Tamatkan Sesi Temuduga Online TSOI Dengan Betul
Isi Kandungan
ASPEK SOALAN YANG DITANYA
Biasanya dalam soalan temuduga online TSOI SPA, panel penemuduga akan menanyakan soalan yang merangkumi aspek berikut:
- Pengenalan diri
- Kelayakan dan pengalaman
- Info berkaitan jawatan & jabatan dimohon
- Penyelesaian masalah
- Kenegaraan
- Isu semasa negara
Rujuk: Cara Daftar Cisco Webex Di Laptop dan Telefon Untuk Temuduga Online
CONTOH SOALAN TEMUDUGA ONLINE TSOI SPA
Berikut adalah koleksi contoh soalan temuduga online TSOI SPA untuk rujukan calon:
- Ceritakan sedikit tentang diri anda, latar belakang dan pengalaman kerja anda sebelum ini
- Siapakan nama menteri yang menaungi jabatan/kementerian ini?
- Huraikan visi, misi dan moto jabatan/ kementerian
- Terangkan tanggungjawab jabatan/ kementerian di Malaysia
- Apakah tugas jawatan ini di jabatan?
- Sejauh mana pengetahuan anda tentang jabatan ini?
- Kenapa anda layak untuk jawatan ini dan apakah kelebihan anda berbanding calon lain?
- Apakah kebolehan juga kemahiran awam yang kami perlukan?
- Setiap orang ada kelemahan, apakah kelemahan anda?
- Kenapa anda ingin bekerja dalam sektor perkhidmatan awam?
- Kenapa Memohon Bekerja Sebagai Kakitangan Kerajaan. Kenapa Tidak Swasta? Apa Kelebihan Dan Kekurangan Bekerja Dengan Kerajaan Berbanding Dalam Sektor Swasta?
- Apakah yang ingin anda capai dalam karier anda dalam 5 tahun akan datang?
- Apakah kekuatan yang anda boleh sumbangkan kepada jabatan ini?
- Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan ini?
- Apakah projek terakhir yang anda jalankan di tempat kerja lama. Bagaimana pencapaian projek tersebut?
- Adakah Anda Gemar Untuk Bekerja Bersendirian Ataupun Secara Berkumpulan?
- Jika di tempatkan di tempat pendalaman, adakah anda sanggup pergi?
- Apa itu GST?
- Apa itu SST?
- Sebutkan Rukun Negara.
- Berapakah jumlah Jemaah Kabinet dalam Kerajaan Persekutuan?
- Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
- Sebutkan 5 dasar Kerajaan Malaysia?
- Apakah nama bendera Malaysia?
- Bagaimanakah cara untuk anda bekerja dengan orang yang tidak menyenangkan anda?
- Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Integriti? Sila Ceritakannya
- Bagaimana cara anda menolak rasuah?
- Bagaimana anda akan menegur pekerja di bawah seliaan anda yang lebih tua daripada anda?
- Apakah teknik anda untuk memastikan kerja anda terurus?
- Apakah misi peribadi anda?
- Apakah kejayaan yang lain membanggakan dalam hidup anda?
- Berikan contoh masa selain waktu kerja yang boleh anda hadir untuk bekerja
- Apakah perkara yang anda gemar terhadap kerjaya anda sebelum ini?
- Apakah tugas serta tanggungjawab anda dalam pekerjaan anda sebelum ini?
- Mengapakah anda meninggalkan kerja lama?
- Adakah anda bersedia sekiranya dipindahkan tempat kerja?
- Jawatan Ini Adalah Secara Kontrak. Adakah Anda Masih Mahu Menerimanya?
- Sudah Berapa Kali Anda Dipanggil Hadiri Temuduga Kerajaan?
- Kenapa anda gagal dalam temuduga kerajaan sebelum ini?
- Memandangkan Anda Baru Sahaja Menamatkan Pengajian Beberapa Bulan Yang Lepas, Adakah Anda Mempunyai Pengalaman Bekerja?
- Awak Ada Diploma, Kenapa Minta Jawatan Berkelayakan SPM?
- Kenapa awak tidak sambung ijazah sedangkan keputusan diploma awak cemerlang?
- Sekiranya Kakitangan Bawahan Menegur Hasil Kerja Anda, Apakah Tindakan Anda Dan Bolehkah Anda Menerima Kritikan Tersebut?
- Sebagai Seorang Yang Pernah Bekerja Di Syarikat Swasta Dalam Bidang Anda, Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Pengalaman Tersebut Dalam Perkhidmatan Awam Jika Anda Diterima Jawatan Ini?
- Bagaimanakah Anda Menyerap Tekanan Semasa Bekerja?
- Apakah Isu Semasa Yang Hangat Diperkatakan Sekarang Ni Dalam Media Massa?
- Apakah Isu Yang Hangat Diperkatakan Dalam Negara Masa Kini?/Nyatakan Apa-Apa Sahaja Isu Semasa Yang Anda Tahu?
- Bagaimana menurut anda kaedah paling sesuai untuk mengurangkan kes jangkitan covid-19 di Malaysia?
- Bolehkah anda terangkan secara ringkas pakej-pakej bantuan kerajaan yang diperkenalkan bagi menangani pandemik Covid-19?
- Sebelum Saya Mengakhiri Sesi Temuduga Ini, Adakah Anda Memiliki Sebarang Pertanyaan?
Semoga perkongsian koleksi contoh soalan temuduga online TSOI SPA ini dapat dijadikan panduan dan rujukan untuk calon yang bakal hadapi temuduga nanti. Jadikan soalan-soalan ini sebagai bahan ulangkaji anda untuk persediaan temuduga nanti.