Tips & Jawapan Untuk Soalan Temuduga Berkenaan Perlembagaan Malaysia

Anda calon temuduga bagi jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Tahu tak antara soalan yang sering ditanya kepada calon terutama bagi jawatan-jawatan gred 29, 41 atau lebih tinggi adalah tentang isu semasa dan perlembagaan Malaysia? Jangan terkejut pula bila panel tanya soalan ini!

Tujuan panel temuduga tanya soalan tentang negara adalah untuk menguji tahap pengetahuan calon dan memastikan calon temuduga adalah seorang yang sentiasa peka dengan isu semasa yang berlaku di sekeliling.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan tips jawab soalan temuduga berkenaan Perlembagaan Malaysia dan Bendera Malaysia.

APAKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA?

  • Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.
  • Perlembagaan ialah dokumen rasmi negara yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
  • Perlembagaan mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
  • Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN YANG TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN

  • Pemerintahan beraja
  • Agama Islam
  • Kedudukan Bahasa Melayu
  • Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera

Mengapakah Perkara Tersebut Tidak Boleh Dipersoalkan?

  • Menghormati ketuanan Melayu
  • Memelihara martabat Raja-Raja Melayu
  • Menjaga keharmonian kaum
  • Menjamin hak asasi penduduk
  • Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada umum
  • Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu

MAKSUD WARNA YANG ADA PADA JALUR GEMILANG

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma