Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Imigresen KP41

Calon yang mendapat panggilan untuk duduki peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 pada tarikh yang ditetapkan boleh dapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 yang dikongsikan di perkongsian ini.

Penting! Sila Baca Contoh Soalan SPIER Penguasa Imigresen KP41. Set Soalan SPIER Imigresen Ini Hanya Untuk Rujukan Awal Calon Sahaja.

“MELEPASI SYARAT YANG DITETAPKAN”. Bila calon buat semakan di laman SPA9 dan terdapat status tersebut di bahagian semakan status permohonan, ini bermakna calon dah boleh buat persediaan untuk duduki peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 pada bila-bila masa sahaja mengikut pengumuman semasa pihak SPA. Salah satu persediaan awal yang boleh dilakukan adalah mula mencari contoh soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41.

Tujuan calon perlu mencari contoh-contoh soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 adalah untuk dijadikan rujukan dan ulangkaji calon sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar. Jika nak lulus peperiksaan, usaha mestilah dilakukan semaksima mungkin. Jangan tunggu last minute baru terkapai-kapai nak cari contoh soalan Penguasa Imigresen KP41!

Jangan risau, anda boleh dapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 yang dikongsikan di bawah untuk jadikan rujukan dan boleh dibuat latih tubi sebagai persediaan.

TUGAS PENGUASA IMIGRESEN KP41

Sebelum ketahui contoh soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41, setiap calon perlu ambil tahu tugas sebagai Penguasa Imigresen KP41 bagi memantapkan lagi pengetahuan berkenaan jawatan ini.

Secara ringkasnya, tugas Penguasa Imigresen KP41 adalah:

Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Imigresen KP41

SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA IMIGRESEN KP41

Seperti ketetapan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), calon hendak mendaftar melalui Sistem SPA9 untuk memohon jawatan Penguasa Imigresen KP41. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon, calon-calon yang memenuhi syarat dan asas tapisan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan secara online.

Soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 akan diberikan mengikut format pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Jadi, calon dinasihatkan untuk buat semakan dan ambil perhatian dengan makluman peperiksaan masing-masing.

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA IMIGRESEN KP41

Seperti yang disebutkan di atas, soalan peperiksaan Penguasa imigresen KP41 akan diberikan mengikut format yang ditetapkan. Sehingga kini, bentuk soalan peperiksaan Penguasan Imigresen KP41 adalah dalam bentuk objektif atau pilihan jawapan. Calon perlu menjawab soalan mengikut seksyen dan soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 akan menyediakan beberapa pilihan jawapan setiap soalan.

Calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi setiap seksyen soalan bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kelulusan peperiksaan ini merupkan salah satu daripada syarat lantikan ke skim jawatan tersebut.

Sebelum lihat contoh soalan Penguasa Imigresen KP41, jom lihat format soalan terlebih dahulu.

  • Seksyen A: Pengetahuan AM
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A: Pengatahuan AM

Dalam seksyen ini, calon akan diuji dengan pengetahuan umum secara menyeluruh berkenaan negara dan bidang kuasa Penguasa Imigresen. Skop soalan bagi bahagian ini adalah luas, jadi calon perlu berhati-hati dan dinasihatkan untuk buat latiih tubi semaksima mungkin bagi melengkap diri sebagai persediaan menwab soalan peperiksaan Penguasa imigresen KP41.

Kunci utama untuk menjawab soalan di bahagian ini adalah pengetahuan umum calon keadaan isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara. Jadi, pastikan anda ambil perhatian dengan Pengetahuan AM tentang Malaysia dan Dunia kerana soalan akan berkisar tentang perkara tersebut.

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

  • Kemahiran logik
  • Kemahiran Menginterprestasikan Data
  • Konsep Matematik

Jangan terlalu pandang rendah dengan bahagian ini, calon mungkin akan ditanya dalam pelbagai cara termasuk melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Persediaan yang boleh dilakukan adalah dengan dapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 sebanyak mungkin dan buat latih tubi.

Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen ini adalah untuk menguji kemahiran bahasa inggeris calon yang bakal menjadi penjawat awam. Ia tidak selalu sukar kerana di tahap SPM. Tetapi, jangan pandang ringan untuk bahagian ini.

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris akan diberi dalam 2 bentuk soalan iaitu soalan berdasarkan petikan yang diberikan dan soalan penggunaan tatabahasa yang betul.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA IMIGRESEN KP41

Dah faham format soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 di atas? Jangan tangguh-tangguh lagi, anda sudah boleh mula buat ulangkaji sekarang dengan contoh soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 yang disediakan khas untuk anda di bawah.

Contoh Soalan Penguasa Imigresen KP41 Seksyen A: Pengetahuan Am

1. Berapakan tempoh masa yang diberikan kepada warga asing yang mana Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang mereka tamat sebelum atau semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

A. 15 hari tempoh hari bekerja selepas tarikh tamat tempoh PKP
B. 30 hari tempoh hari bekerja selepas tarikh tamat tempoh PKP
C. 14 hari tempoh hari bekerja selepas tarikh tamat tempoh PKP
D. 20 hari tempoh hari bekerja selepas tarikh tamat tempoh PKP

2. Manakah antara berikut tidak menerangkan tentang aplikasi Price Catcher yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)?

A. Membolehkan pemantauan harga dibuat secara harian, mingguan dan bulanan
B. Membantu pengguna berjimat dalam perbelanjaan barang keperluan harian terpilih
C. Aplikasi boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan App Store
D. Harga barangan keperluan terpilih dikemaskini pada jam 9 pagi setiap hari

3. Berikut merupakan ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan.

I. Bergiat aktif dalam sebarang perusahaan komersil
II. Menjalankan kuasa sultan di negeri sendiri kecuali fungsi sebagai ketua agama islam
III. Meninggalkan negara lebih daripada 14 hari kecuali dengan izin atas lawatan luar negara
IV. Memegang jawatan yang bergaji

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

4. Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold?

A. Mengetuai misi ke London untuk menuntut kemerdekaan dari British
B. Menyiasat pendapat rakyat ke Sabah dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia
C. Melantik ahli-ahli dalam Parlimen Malaysia
D. Menyelia perjalanan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

5. Antara pendapatan penggajian yang dikenakan cukai adalah

I. Gaji, upah dan bonus
II. Yuran, pengarah dan elaun
III. Ganjaran dan pampasan
IV. Bayaran tuntutan perjalanan

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

Contoh Soalan Penguasa Imigresen KP41 Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

1. Ukuran keliling sebuah taman permainan ialah 300m dan dua jenis pokok bunga di tanam di sekelilingnya dalam jarak setiap 3m 1/4 daripada pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok kertas?

A. 75
B. 30
C. 25
D. 100

2. Ali memandu dengan kelajuan 120 km/j ke destinasi di Melaka. Selepas 80km, kereta Ali mengalami kerosakan. Berapakah masa perjalanan yang telah dilalui oleh Ali?

A. 35 minit
B. 40 minit
C. 45 minit
D. 1 jam 5 minit

3. Beg merah lebih berat daripada beg biru. Beg biru lebih berat daripada beg hijau. Beg hijau lebih berat baripada beg kuning. Pilih pernyataan yg benar.

A. Beg hijau lebih berat dari merah
B  Beg hijau lebih berat dari beg kuning
C. Beg merah lebih berat dari kuning
D.  Beg kuning lebih berat dari merah.

4. Kumpulan Melur, Kenanga, cempaka dan dahlia masing-masing mndapat markah 0.0311, 0,0205, 0.0245 dan 0.0323. kumpulan manakah mempunyai jumlah markah paling hampir dengan 0.05?

A. Melur dan kenanga
B. Kenanga dan cempaka
C. Melur dan cempaka
D. Kenangan dan dahlia

5. Apakah nombor yang seterusnya?

2+3=8
3+7=27
4+5=32
5+8=60
6+7=72
7+8= ????

A. 15
B. 98
C. 87
D. 80

Contoh Soalan Penguasa Imigresen KP41 Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 seksyen C terbahagia kepada 2 bahagian iaitu tatabahasa dan soalan berdasarkan petikan diberi. Mohon teliti dengan contoh soalan yang dikongsikan di bawah:

Contoh soalan berdasarkan petikan:

Read the passage below and choose the best answer from option A, B, C and D.

A debit card also known as a bank card is a plastic payment card that can be used instead of cash when making purchase. It is similar to a credit cards, but unlike a credit card, the money is immediately transferred directly from the cardholder’s bank account when performing a transaction. Some cards might carry a stored value with which payment is made, while most relay a message to the cardholder’s bank to withdraw funds from the payer’s designated bank account. In many countries, the use of debit card has become so widespread that their volume has overtaken or entirely replace cheque and in some instances, cash transactions. Debit cards usually also allow instant withdrawal of cash, acting as an ATM card for this purpose. Merchants may also offer cash back facilities to customers, so that a customer can withdraw cash along with their purchase. Online debit cards require electronic authorization device for every transaction and the debits are reflected in the user’s accounts immediately. The transaction may be additionally secured with the with the personal identification number (PIN) authentication system: some online cards require such authentication for every transaction. The advantages of prepaid debit cards; include being safer than carrying cash, worldwide functionality, not having to worry about paying a credit card bill or going into debt, the opportunity for anyone over the age of 18 to apply and be accepted regardless the credit capability. However, there are some risk in using the debit card.  If the card provider offers an insecure website for letting you check the card’s balance, this could give an attacker access to the card information. If you lose the card and have somehow registered it, you likely lose the memory. And there is a risk that, prolific use of prepaid debit cards could lead data provider companies to miscategorise you in unfortunate ways.

Question:

1) The debit card can only be used under such situation except:

A. There is sufficient amount of money to do the purchase
B. Purchasing is made at the authorized premises
C. The retailer or premises have the device to do the transaction
D. The card is used by other person with acknowledgment of the owner

#TIPS: Untuk soalan jenis petikan seperti ini, calon dikehendaki baca dan fahami petikan yang diberikan untuk menjawab soalan. Jawapan kepada soalan yang dicari adalah berdasarkan petikan tersebut.

Contoh Soalan Tatabahasa

1) Last night Farah ________ on the floor and fell asleep in front of the TV.

A. Laid
B. Lays
C. Lie
D. Laying

2) Which of the following famous quotation describe “weapon” as a real weapon?

A. Silence is the ultimate weapon of power
B. Hungry man, reach for the book: it’s a weapon.
C. Any weapon is a good weapon as long as you can use it with honor and skill
D. A sneer is the weapon of the weak.

3) Find the best answer for question. “ can I ask you a few personal question?”

A. Yes I can
B. I will have to think first.
C. Certainly
D. Are you sure?

 4) Choose the wrong pair of common nouns and proper nouns

A. Man- Walt Disney / Abraham
B. Book – Apple / Macintosh
C. Tea – Earl Grey /Darjeeling
D. School – Sunny Elementary / Clifford High School

 5) Choose the sentence with correct order of multiple adjectives.

A. There is a red old post-box in front of the house.
B. She bought some Victorian silver charming ornaments at the flea market.
C. The playroom has eight small triangular plastic tables
D. The man is selling his bluish antique Italian car.

Dah dapat gambaran tentang contoh soalan peperikaan Penguasa Imigresen KP41 yang dikongsikan di atas? Jumlah soalan tersebut hanyalah sebahagian sahaja. Tidak cukup jika anda hanya ulangkaji dan jadikan soalan di atas sebagai rujukan. Setiap calon diingatkan untuk dapatkan lebih lagi rujukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 untuk memantapkan lagi latih tubi sebagai persediaan.

NOTA CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN PENGUASA IMIGRESEN

Dah dapat gambaran tentang contoh soalan Penguasa Imigresen KP41 yang dikongsikan di atas? Jumlah soalan tersebut hanyalah sebahagian sahaja. Tidak cukup jika anda hanya ulangkaji dan jadikan soalan di atas. Ada boleh sertai channel Telegram untuk dapatkan nota Penguasa Imigresen KP41.

Daripada channel telegram, anda akan didedahkan dengan:

  • Lebih banyak contoh soalan Penguasa Imigresen KP41 beserta jawapan lengkap
  • Nota penting soalan Penguasa Imigresen
  • Jalan pengiraan dan perbincangan kumpulan bagi setiap soalan matematik

Klik butang di bawah untuk sertai channel telegram Penguasa Imigresen KP41:

CHANEL TELEGRAM PENGUASA IMIGRESEN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma