Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Tahu tak peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 merupakan antara peperiksaan SPA tahap tinggi yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat.  Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 merupakan jawatan Pengurusan dan Profesional yang diwujudkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sekiranya anda memenuhi tahap kepimpinan yang tinggi dan boleh menjawab ujian-ujian kelayakan tidak mustahil anda akan mendapat lantikan untuk jawatan ini. Bukan senang calon nak dipilih bagi jawatan ini.

Bagi calon yang bakal menghadapi peperiksaan bagi jawatan PTD, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui contoh soalan peperiksaan Matematik PTD.

TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Berikut adalah tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 seperti yang dinyatakan oleh SPA:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

FORMAT PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Untuk makluman anda, peperiksaan bagi lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah terbahagi kepada tiga seksyen iaitu:

  • Bahagian A: Pengetahuan Am PTD Tentang Malaysia dan Dunia
  • Bahagian B: Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD
  • Bahagian C: Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Untuk perkongsian ini, calon akan didedahkan dengan contoh soalan untuk bahagian B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah Matematik untuk jawatan PTD.

PENDEKATAN SOALAN MATEMATIK PTD

Dalam bahagian ini, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan berikut:

1) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

2) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

3) Konsep-Konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi sukatan SPM.

Dapatkan contoh-contoh soalan Matematik PTD di bawah.

CONTOH SOALAN MATEMATIK PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK PTD

1) Kedai W terletak ke utara kedai X manakala kedai X terletak ke barat kedai Y. Kedai Z pula di selatan kedai Y. Jarak kedai W ke kedai X, kedai X ke kedai Y dan kedai Y ke kedai Z adalah sama iaitu 5km. Cari baering kedai X dari kedai X?

A. 2250
B. 2700
C. 3150
D. 3350

2) Jika H=S, M=N, S=H, X=C, maka APVZ =?

A. WQID
B. TOID
C. XFLB
D. ZKEA

3) Sebuah tangki mempunyai kapasiti 1808 liter sedang mengandungi air sebanyak ¼ daripada muatan penuhnya. Kemudian satu paip dipasang untuk mengisi tangki itu dengan kadar 500ml air bagi setiap 5 saat. Berapakah masa yang diambil untuk air diisi sehingga penuh?

A. 3 jam 46 minit
B. 3 jam 56 minit
C. 3 jam 48 minit
D. 3 jam 58 minit

4) 132 unit kediaman di blok j dijual dengan harga RM273,000 seunit. Manakala, 108unit kediaman di blok K dijual dengan herga 16% lebih tinggi daripada harga kediaman di blok J bagi setiap unit. Berapakah jumlah keseluruhan harga unit kediaman tersebut?

A. RM70,272,040
B. RM70,237,240
C. RM70,237,440.
D. RM70,237,640

5) 147 biji oren diagihkan kepada 3 kumpulan pelajar X, Y dan Z. Kumpulan X mendapat 1/3 daripada jumlah tersebut manakala kumpulan Y mendapat 1/7 daripada baki buah oren tersebut. Berapakah jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh kumpulan X dan Z?

A. 84
B. 98
C. 123
D. 133

 6) Integer terbesar bagi Z yang memuaskan ketaksamaan Z/7 > (Z/3) + 3 ialah

A. -14
B. -15
C. -16
D. -17

 7) Ukur keliling sebuah taman permainan berbentuk segitiga bersudut tegak adalah 240m dan panjang sisi-sisinya adalah dalam nisbah 3:4:5. Berapakah luas taman itu dalam unit meter persegi?

A. 2400
B. 3200
C. 4000
D. 4800

 8) Segulung dawai yang panjangnya 544cm dipotong kepada 4 bahagian yang sama panjang untuk membentuk 4 unit segiempat sama yang sama saiz. Berapakah panjang bagi setiap satu sisi segiempat tersebut?

A. 32
B. 34
C. 136
D. 138

9) Sebuah kamus mempunyai ketebalan 6 cm dan keseluruhan muka suratnya tidak termasuk kulit berjumlah 1736. Hitung ketebalan 10 helai kertas kamus itu jika ketebalan sehelai kulitnya bersamaan 3 kali ketebalan sehelai kulitnya bersamaan 3 kali ketebalan sehelai kertasnya. Bundarkan jawapan kepada 2 angka bererti.

A. 69mm
B. 68mm
C. 67mm
D. 66mm

10) Dalam satu longgokan buah limau,didapati 6 daripada 130 biji buah limau yang diperiksa adalah rosak. Pada kadar ini, berapakah bilangan limau yang dijangkakan rosak dalam selonggok 6850 biji?

A. 110
B. 112
C. 114
D. 118

11) Bakul biru lebih ringan daripada bakul kuning, bakul hijau lebih ringan daripada bakul merah dan bakul biru lebih berat daripada bakul merah. Susunan bakul bermula dengan yang paling berat ialah

A. Hijau, merah, biru, kuning
B. Kuning, merah, biru, hijau
C. Hijau, biru, merah,kuning
D. Kuning, biru, merah, hijau

12) Antara berikut nombor yang manakah apabila di tambah dengan 4, 183, 333 bersamaan nombor genap?

I. 4,697,669
II. 2,336,610
III. 5,552,237
IV. 6,181,888

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

13) Hamid memandu sejauh 65km dengan purata kelajuan 90km/j bermula pukul 8.30am. Kemudian beliau berhenti rehat selama 1 ½ jam sebelum pulang ke rumah yang jaraknya 3 kali jarak yang telah dilaluinya dengan purata kelajuan 80 km/j. Pukul berapakah beliau sampai di rumah?

A. 09pm
B. 49pm
C. 27pm
D. 57pm

14) Antara nombor berikut yang manakah bukan dalam kategori yang sama?

A. 2012
B. 2016
C. 2018
D. 2020

15) P,Q dan R mewakili bilangan kepingan wang kertas bernilai RM5, RM10 dan RM50. Apakah P,Q dan R supaya nilai keseluruhan wang tersebut berjumlah RM855?

A. 57,26 dan 6
B. 49,25 dan 7
C. 37, 27 dan 8
D. 35,24 dan 9

DOWNLOAD CONTOH SOALAN LEPAS

Contoh soalan PTD yang dikongsikan di atas hanyalah sebahagian sahaja. Anda boleh dapatkan lebih banyak soalan PTD lepas untuk dijadikan bahan ulangkaji. Nak lulus peperiksaan, usaha mestilah semaksima mungkin! Calon juga dinasihatkan untuk masuk chanel Telegram khas PTD untuk dapatkan lebih banyak bahan ulangkaji dan buat ulangkaji berkumpulan.

Download contoh soalan lepas  bagi semua bahagian di bawah:

DOWNLOAD CONTOH SOALAN LEPAS PTD

CHANEL TELEGRAm PTD

Semoga perkongsian contoh soalan Matematik untuk jawatan PTD ini bermanfaat untuk calon sebagai rujukan untuk peperiksaan sebenar nanti. Untuk persediaan ke temuduga pula calon boleh rujuk Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma