5 Soalan Bocor Temuduga Jawatan SPA Yang Calon Perlu Ambil Tahu

Tahniah sekiranya anda terpilih untuk mendapat tawaran temuduga untuk kerja kerajaan! Nak melepasi ujian kelayakan ke temuduga bukan satu perkara yang mudah. Jadi jangan sia-siakan peluang temuduga anda dan pastikan anda buat yang terbaik.

Bagi calon yang bakal menghadiri temuduga kerajaan, persediaan menjawab soalan adalah penting untuk lulus temuduga. Calon boleh dapatkan soalan bocor yang pasti ditanya dalam temuduga SPA nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 5 soalan bocor temuduga SPA tersebut.

5 SOALAN BOCOR TEMUDUGA SPA

Soalan 1: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda

Walaupun semua maklumat tentang diri anda sudah tertera di resume anda, memang soalan mengenai pengenalan diri akan ditanya di setiap temuduga. Jangan pula anda minta penemuduga semak resume anda untuk dapatkan maklumat. Nak tahu kenapa soalan ini ditanya?

Sebenarnya penemuduga hanya mahu mendengar sisi terbaik tentang diri anda yang anda tidak nyatakan dalam resume. Anda perlu bijak menjawab soalan ini agar menarik minat penemuduga.

Baca: Contoh Jawapan & Point Penting Untuk Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda”

Soalan 2: Apa yang anda tahu tentang syarikat/ jabatan ini?

Nak hadir temuduga kerajaan, jangan hadir TANPA PENGETAHUAN. Pastikan anda buat beberapa kajian mengenai kajian/ jabatan yang anda hadir temuduga. Tak susah pun, semuanya sudah ada di laman web jabatan tersebut.

Antara maklumat penting jabatan yang wajib calon tahu adalah:

  • Misi dan visi jabatan
  • Kejayaan dan pencapaian jabatan
  • Peneraju syarikat seperti CEO, Pengurus Besar
  • Tugas jabatan
  • Maklumat lain mengenai jabatan

Soalan 3: Apakah kekuatan anda yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat kami

Jika anda mendapat soalan ini, terus fokus kepada kemahiran anda yang paling utama iaitu kemahiran teknikal. Ini adalah kerana kemahiran teknikal ini berkaitan dengan ilmu serta praktikal yang betul untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Contohnya mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Words, One Note, outlook, Excell, Skype, Power Point and Publisher. Mahir menggunakan sistem Payroll and Auto Count. Ceritakan juga beberapa kemahiran yang bersesuaian dengan pekerjaan anda.

Senaraikan juga beberapa kemahiran insaniah (Soft Skill) yang anda ada. Kemahiran ini diketengahkan ketika anda menjawab soalan berkaitan kemahiran.

Soalan 4: Setiap orang ada kelemahan, apakah kelemahan anda?

Tujuan majikan bertanyakan mengenai soalan ini adalah untuk mengetahui cara anda menyelesaikan masalah yang berlaku di persekitaran waktu bekerja anda. Pastikan anda menjawab soalan ini dengan mengemukakan kelemahan seterusnya cara memperbaiki kelemahan anda.

Contohnya:
“Saya merasakan saya kurang fasih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan berasa sedikit kekok walaupun saya tahu penggunaan ayat saya adalah betul. Namun, saya sentiasa bersedia membuat sedikit skrip dan belajar untuk bercakap dalam bahasa inggeris bersama kenalan untuk memantapkan penguasaan bahasa saya”

Baca juga: 7 Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga “Apakah Kelemahan Anda?”

Soalan 5: Mengapa anda tidak mahu lagi bekerja di syarikat lama anda?

Jika anda pernah bekerja sebelum memohon jawatan lain, soalan ini pasti akan ditanya. Untuk menjawab soalan ini, anda kena tahu cara-caranya. Walaupun banyak sebab yang anda boleh berikan, tapi anda harus pastikan jawapan yang anda berikan bukan bersifat negatif. Pasti masih ramai yang keliru jawapan apa yang paling sesuai diberi kepada penemuduga untuk pastikan mereka suka dengan jawapan anda.

Baca: Soalan Interview: Kenapa Berhenti Kerja Lama? Ini Contoh Jawapan Bijak Anda Boleh Jawab

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon yang bakal menghadapi temuduga SPA menjawab soalan dengan lancar. Tidak perlu hafal pun soalan-soalan ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah bersedia dengan jawapan yang bagus.

Selain daripada soalan-soalan di atas, soalan lain juga pasti akan ditanya kepada calon. Soalan mungkin berbeza-beza setiap temuduga. Oleh itu, calon boleh rujuk soalan berikut untuk persediaan:

Rujuk: 99+ Soalan Temuduga SPA Kerajaan & Swasta Paling Popular

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma