STEPP IATn: Cara Mohon Geran Sehingga RM10,000 Buat Usahawan Mikro Industri Asas Ternakan

Anda usahawan mikro Industri Asas Ternakan (IATn)? Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang menawarkan Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn kepada usahawan yang berkelayakan.

Program STEPP adalah merupakan insentif berbentuk Geran Pemadanan yang diberikan kepada usahawan di bawah Industri Asas Ternakan (IATn). Program ini dipertimbangkan kepada usahawan mikro IATn dalam kategori nilai jualan kasar tahunan kurang daripada RM100,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SKOP & KOMPONEN INSENTIF STEPP IATN

Usahawan mikro yang berkelayakan akan menerima geran SEHINGGA RM10,000 merangkumi skop berikut:

  • Kajian Nutrisi Dan Jangka Hayat Produk
  • Reka Bentuk Pembungkusan Dan Pelabelan
  • Peningkatan Kapasiti Pengeluaran
  • Penambahbaikan Premis
  • Perolehan Papan Tanda Perniagaan

SYARAT KELAYAKAN

Program ini dipertimbangkan kepada setiap usahawan berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Pahang dan berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  • Telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Keutamaan akan diberikan kepada permohonan usahawan pada Tahap 1 dan Tahap 2.
  • Mempunyai produk yang menggunakan produk hasilan ternakan.
  • Mempunyai ruang kerja pengeluaran produk yang sesuai dan bersih.
  • Tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan dibuat. Kelonggaran syarat ini adalah atas pertimbangan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang sekiranya projek dilaksanakan dirasakan memerlukan tambahan suntikan insentif untuk berkembang baik dan kekal mampan.
  • Tidak disenarai hitam oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  • Membuat permohonan menggunakan borang permohonan Program STEPP dan diisi dengan lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan jabatan.
  • Pemohon yang berjaya diwajibkan menandatangani perjanjian program dan bersedia dipantau dalam tempoh 2 tahun setelah menerima bantuan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Borang permohonan DVS/STEP-1
  • Pelan Perniagaan (jika berkenaan)
  • Salinan Dokumen yang disahkan:
    a) Memorandum and Articles of Association
    b) Penyata kewangan syarikat yang terkini (jika berkenaan)
    c) Lesen perniagaan
    d) Salinan SSM; atau
    e) Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkenaan)
  • Borang verifikasi DVS/STEP-3

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan geran ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web jabatan atau dapatkan di PPVD berhampiran. Anda juga boleh klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan.

BORANG PERMOHONAN STEPP IATN 

Borang yang lengkap diisi bersama dokumen-dokumen di atas mestilah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai STEPP, anda boleh terus ke laman web https://dvs.pahang.gov.my/.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma