Permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) 2022 Kini Dibuka

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota Koperasi Tentera untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan

Permohonan SBBS bagi tahun 2022 kini dibuka. Anggota Koperasi Tentera yang memerlukan bantuan dan berkelayakan boleh buat permohonan sehingga 5 September 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan buat permohonan SBBS 2022.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  • Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  • Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  • Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  • Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  • Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

Pemohon

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  • Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  • Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

Anak (Pelajar Sekolah Rendah/ Menengah)

  • Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)
  • Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri

CARA MOHON

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) bagi tahun 2021 dibuka mulai 1 Ogos sehingga 5 September 2022. Anggota KT boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah dihantar bersama dokumen sokongan melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke pejabat yang beralamat di:

  • Koperasi Tentera
    Wisma Koperasi Tentera
    No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
    53000 kuala Lumpur
    (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Klik butang di bawah untuk download borang permohonan SBBS:

borang permohonan sbbs 2022

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 1-300-8000-58 atau kunjungi KT berhampiran.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma