Skim SME-GO PENJANA: Cara Mohon & Semakan

Penularan wabak COVID-19 yang telah menyebabkan tercetusnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada banyak sektor di Malaysia. Kesan itu sekaligus telah menjejaskan ekonomi negara.

Dengan motif untuk melonjakkan perniagaan bagi memulihkan semula ekonomi Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Skim SME-GO bagi membantu aliran tunai PKS. Melalui skim ini, kerajaan akan menyediakan pembiayaan kepada kontraktor kecil bagi memulakan pelaksanaan projek-projek kerajaan.

Baca juga: Pakej Pas Bulanan My30 RapidKL Boleh Dibeli Mulai 15 Jun

Sebanyak RM1.6 bilion telah diperuntukan untuk melaksanakan skim ini yang memberi manfaat kepada kontraktor PKS  mulai Julai 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk lebih maklumat mengenai permohonan dan manfaat Skim SME-GO.

MANFAAT SKIM SME GO-PENJANA

Skim SME-GO PENJANA: Cara Mohon & Semakan

SME Bank akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada kontraktor dan vendor yang -dianugerahkan projek-projek kecil kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020 dan pakej rangsangan PRIHATIN.

Berikut adalah beberapa manfaat yang akan diterima oleh kontraktor melalui skim ini:

  • Skim ini akan memberi manfaat kepada 16,000 kontraktor kelas G2 dan G3
  • Tidak memerlukan deposit atau cagaran
  • SME Bank akan membayar terus kepada kontraktor dan vendor berdasarkan penyampaian bukti invois / tuntutan

Baca juga: MYFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya Untuk Penganggur

APA ITU PRE 2020?

PRE adalah singkatan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Seperti yang dikatakan di atas, manfaat ini akan diterima oleh kontraktor dan vendor yang dianugerahkan projek-projek kecil kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020 dan pakej rangsangan PRIHATIN.

Pelaksanaan projek-projek kecil yang berjumlah RM2 bilion di bawah langkah tambahan memperkukuhkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Langkah itu perlu bagi membantu golongan kontraktor bumiputera terutama kontraktor G1 yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Kerajaan perlu mengambil langkah bagi membantu 25,000 kontraktor G1 selepas Perintah Kawalan Pergerakan agar dapat memulihkan pendapatan mereka.

Setakat ini, kontraktor G1 hingga G7 sepenuh masa yang dicatatkan di Malaysia berjumlah 51,000 orang.

Baca juga: Subsidi Penjagaan Anak PENJANA, Terima EBaucar RM800

CARA MEMOHON

Buat masa ini, cara permohonan masih belum dimaklumkan. Walaubagaimanapun, pengemaskinian perkongsian ini akan dilakukan jika terdapat maklumat terbaru dikeluarkan. Semoga anda sabar menanti maklumat permohonan terbaru yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 atau boleh ke portal rasmi SME Bank Group.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma