Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA: Syarat Kelayakan & Panduan Permohonan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) telah memaklumkan akan merangka strategi penyediaan dan pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Dengan wawasan untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan “1 Keluarga 1 Rumah” selari dengan hala tuju Keluarga Malaysia, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah menjalin kerjasama dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP), bagi melaksanakan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan bagi permohonan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA dan panduan buat permohonan.

RUMAH PR1MA

Kerajaan telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai rancangan perumahan yang menyasarkan isi rumah berpendapatan sederhana atau golongan M40. Lokasi perumahan PR1MA ini dibangunkan di pusat-pusat bandar yang utama di seluruh negara dengan unit-unit yang ditawarkan pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti hartanah.

Perumahan PR1MA direka supaya dapat menjadi sebahagian daripada komuniti bersepadu, di mana rakyat dapat memilih dari pelbagai jenis unit rumah pada saiz yang berbeza. Semua ini adalah bagi memenuhi keperluan rakyat di pusat bandar yang tengah pesat berkembang di Malaysia.

HARGA RUMAH PR1MA & SENARAI PROJEK PR1MA

Untuk makluman anda, kediaman PR1MA ini ditawarkan dengan harga yang mampu milik oleh golongan sasaran, iaitu golongan pertengahan di Malaysia yang ingin memiliki kediaman masing-masing tanpa bebanan yang berlebihan.

Rumah PR1MA dipasarkan dengan harga:

  • Antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit
  • Secara purata 20% lebih rendah daripada harga pasaran

Senarai terkini rumah PR1MA seluruh negara boleh disemak di laman web tersebut:

Anda hanya perlu masukkan negeri dan projek berkaitan, senarai projek PR1MA di lokasi yang anda mahu akan dipaparkan.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Anda mestilah warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin, berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau gabungan (suami & isteri) antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan (pendapatan kasar)
  • Rumah PR1MA boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja
  • Rumah PR1MA mesti diduduki oleh pemilik. Penyewaan tidak akan dibenarkan

LANGKAH MEMILIKI RUMAH PR1MA

Berikut adalah langkah-langkah memiliki rumah PR1MA yang anda perlu lalui:

  • Langkah 1: Pendaftaran
  • Langkah 2: Pelancaran Pembangunan Baharu
  • Langkah 3: Permohonan
  • Langkah 4: Undian
  • Langkah 5: Pemilihan Unit
  • Langkah 6: Permohonan Dan Kelulusan Pembiayaan
  • Langkah 7: Perjanjian Jual Beli
  • Langkah 8: Penyerahan Kunci/ Milikan Kosong

Walaubagaimanapun, ada beberpa perkara yang anda perlu ambil maklum:

  • Garis panduan keadaan tambahan mungkin berlaku
  • Pemilihan pemilik rumah yang berjaya dan peruntukan unit rumah PR1MA akan dilakukan melalui proses pengundian terbuka untuk pembangunan yang baru dilancarkan
  • Rumah PR1MA mesti diduduki oleh pemilik. Penyewaan tidak akan dibenarkan

CARA MOHON RUMAH PR1MA

Untuk memulakan langkah pemilikan rumah PR1MA, anda boleh mula buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:

Bagi yang tak tahu, sebenarnya anda juga boleh buat pengeluaran simpanan KWSP untuk beli rumah PR1MA.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubung pegawai PR1MA di talian 03 7628 9898 atau email ke alamat info@pr1ma.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma