Permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 RM5,000 Negeri Kedah Kini Dibuka

Kerajaan Negeri Kedah melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) menawarkan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah siri kedua bagi tahun 2021. Skim ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu peniaga dan usahawan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Permohonan pinjaman ini terbuka kepada semua kaum di mana pihak UPUK akan menilai keupayaan syarikat yang membuat permohonan samada mampu untuk membayar pinjaman balik selepas pinjaman diluluskan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan pembiayaan peniaga di perkongsian bawah.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Skim Pembiayaan Mikro Kredit Negeri Kedah boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 22 Jun hingga 30 Jun 2021

MAKLUMAT PINJAMAN

  • Jumlah pinjaman: RM5,000
  • Tempoh pinjaman: 3 tahun atau 36 bulan
  • Bayaran bulanan: RM150.00
  • Caj Perkhidmatan: RM400
  • Jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman: RM5,400

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Syarikat beroperasi di Negeri Kedah sahaja
  • Pemilik syarikat mestilah lahir di Negeri Kedah
  • Permohonan terbuka kepada semua kain, syarikat bumiputra dan bukan bumiputra
  • Syarikat mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman
  • Daftar perniagaan SSM milik sendiri yang sah
  • Hanya satu permohonan dari satu syarikat sahaja dibenarkan

CARA MOHON

Usahawan dan peniaga di Kedah yang memenuhi syarat kelayakan serta berminat untuk mohon skim pinjaman yang ditawarkan boleh buat permohonan sebelum atau selewat-lewatnya 30 Jun 2021 jam 12 malam. Permohonan boleh dibuat secara online di pautan berikut:

Permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 RM5,000 Negeri Kedah Kini Dibuka

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas melalui emel di alamat isejahtera@kedah.gov.my.

Permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 RM5,000 Negeri Kedah Kini Dibuka

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma