Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM) Fasa 4 Dibuka
PPAM merupakan skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
Objektif utama Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah mewujudkan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
Untuk menjayakan program Perumahan Penjawat Awam ini, Bahagian PPAM, Jabatan Perumahan Negara bertindak sebagai Agensi Penyelaras pelaksanaan program dan juga sebagai Agensi Pelaksana. Agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya (PJC) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Walau bagaimanapun, PJC juga perlu merujuk kepada Bahagian PPAM, Jabatan Perumahan Negara dari segi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek terutamanya yang melibatkan perkara-perkara dasar.
Peranan Bahagian ini antara lain adalah seperti berikut:
- Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan program
- “Single Point of Contact” untuk serahan cadangan PPAM;
- Membentangkan cadangan projek PPAM kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM untuk pertimbangan dan kelulusan; dan
- Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan PPAM dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perumahan Penjawat Awam
Isi Kandungan
KONSEP PERUMAHAN PENJAWAT AWAM (PPAM)
PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.
Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.
Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran.
HARGA RUMAH PPAM
Harga jualan bagi rumah Perumahan Penjawat Awam adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak.
Dalam hal ini, Kerajaan telah mensasarkan untuk membina 100,000 unit rumah Perumahan Penjawat Awam menjelang tahun 2018.
KELAYAKAN PERMOHONAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM (PPAM)
Permohonan PPAM hanya terbuka kepada anggota berikut:
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Perkhidmatan Awam Negeri
- Perkhidmatan Awam Persekutuan
- Badan Berkanun Negeri
- Badan Berkanun Persekutuan
Penjawat Awam juga mestilah berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Penjawat Awam (Lantikan tetap atau kontrak)
- Moratorium 10 tahun
- Penjawat Awam yang sedang berpencen (Kad Pesara)
Penjawat awam dari kesemua gred jawatan layak memohon. Ini termasuklah yang sudah pencen dan kontrak.
Pemohon boleh memohon lebih dari satu produk pada satu-satu masa namun pemohon boleh ditawarkan salah satu produk sahaja bagi setiap isi rumah.
Moratorium selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri dan anak-anak.
Di bawah merupakan rajah jelas berkaitan Permohonan Pendaftaran Perumahan Penjawat Awam 2022 yang anda boleh rujuk sekiranya anda berminat untuk memohon skim rumah Perumahan Penjawat Awam ini.
PANDUAN PERMOHONAN PPAM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
Permohonan PPAM Perumahan Penjawat Awam boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PPAM atau layari pautan berikut:
Permohonan bagi fasa 4 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 7 hingga 21 November 2022
Setiap permohonan Perumahan Penjawat Awam 2022 perlulah melalui aliran permohonan yang ditunjukkan seperti di bawah.
SENARAI PROJEK PERUMAHAN PENJAWAT AWAM SELURUH NEGERI
Di bawah merupakan antara senarai projek Perumahan Penjawat Awam yang masih dibuka permohonan.
Pemohon Perumahan Penjawat Awam boleh membuat semakan senarai projek PPAM terkini di halaman rasmi Perumahan Penjawat Awam.
Semakan senarai projek terkini boleh dilakukan mengikut negeri pilihan anda. Jadi, anda boleh membuat perancangan di negeri mana anda ingin memohon nanti.
SEMAK STATUS PERMOHONAN PPAM ANDA
Khas untuk pemohon Perumahan Penjawat Awam terkini, anda boleh membuat semakan status permohonan Perumahan Penjawat Awam dengan layari pautan disediakan di bawah.