Skim NaDI: Mohon Pembiayaan Sehingga RM5,000 Buat Peniaga

Golongan penjaja kecil makanan, minuman serta peruncit mikro di Selangor kini boleh memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Skim Pembiayaan Go Digital (Go Digital) yang dibuka mulai semalam, bagi membantu kelangsungan perniagaan mereka.

Sebanyak RM15juta telah diperuntukkan bagi kedua-dua skim itu yang bertujuan membantu golongan tersebut mengalihkan perniagaan mereka kepada secara dalam talian sebagai pilihan, khususnya ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Skim Niaga Darul Ehsan di perkongsian bawah.

TUJUAN SKIM NADI & GO DIGITAL

Tawaran kedua-dua skim ini adalah bagi:

  • Skim NaDI: Bagi menampung kos operasi
  • Go Digital: Bertujuan mengadaptasi perniagaan mereka ke platform e-dagang

SYARAT PEMBIAYAAN NaDI

Antara syarat pembiayaan NaDI adalah:

  • Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM5,000
  • Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
  • Caj perkhidmatan adalah sebanyak 8%

Skim NaDI: Mohon Pembiayaan Sehingga RM5,000 Buat Buat Peniaga

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Rakyat Negeri Selangor
  • Bermastautin/ menetap (tidak kurang dari 5 tahun) dan mengundi di Negeri Selangor
  • Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun
  • Peminjam terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah
  • Pelaksanaan dalam bentuk kumpulan (3 orang berkumpulan)
  • Bersetuju menubuhkan kumpulan

CARA MEMOHON NaDI

Individu yang berminat untuk mohon mestilah sediakan semua dokumen berikut:

  • 2 keping gambar pasport
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan kepala penyata bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no. akaun)

Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui pautan berikut:

Untuk permohonan secara manual, sila berkunjung ke Pejabat Cawangan Hijrah berhampiran untuk permohonan. Pastikan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berikut adalah alamat ibu pejabat Hijrah Selangor:

  • Ibu Pejabat Hijrah Selangor
    Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,
    4,000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • Tel: 03 5519 1692
  • Emel: admin@hijrahselangor.com
  • Laman web: hijrahselangor.com

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma