SPED: Tawaran Skim Pembiayaan Ekonomi Desa SME Bank Sehingga RM250,000 Buat Usahawan Desa

SME Bank menawarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) kepada usahawan desa yang berkelayakan dengan menyediakan kemudahan pembiayaan mudah tanpa cagaran dengan kadar ansuran yang rendah bagi membantu meningkatkan ekonomi di luar bandar sahaja.

Pembiayaan ini dibuka khusus untuk perniagaan yang berdaftar dan beroperasi di kawasan luar bandar yang ditakrifkan di bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) sahaja. Perniagaan yang ditubuhkan hendaklah patuh syariah.

SME Bank telah sediakan beberapa syarat dan panduan permohonan bagi usahawan yang berminat untuk dapatkan pembiayaan SPED.

OBJEKTIF SPED

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa diperkenalkan dengan matlamat untuk:

  • Membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang.
  • Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan Bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.
  • Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

  • Jumlah Pembiayaan: Minimum RM20,000 dan tidak melebihi maksimum RM250,000 untuk setiap permohonan
  • Tempoh pembiayaan: 3 tahun sehingga 7 tahun (tidak termasuk Tempoh Tangguhan selama 6 bulan)
  • Kadar Keuntungan: 5% setahun atas baki bulanan jumlah pembiayaan

BENTUK PEMBIAYAAN

Dengan konsep pembiayaan berlandaskan konsep Syariah, SPED menawarkan pembiayaan dalam bentuk:

  • Pembelian aset / mesin / peralatan;
  • Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah / stok;
  • Pengubahsuaian atau menaik taraf premis perniagaan;

JENIS PERNIAGAAN

Jenis-jenis sektor perniagaan yang dibiayai mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan tidak menyalahi undang-undang seperti berikut:

  • Pembuatan
  • Pembiayaan
  • Pertanian (Bank Rakyat sahaja)
  • Pelancongan Desa

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan satu (1) salinan Borang Permohonan.
  • Melampirkan Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan.
  • Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat/cawangan berdaftar di luar bandar MPLB.
  • Perniagaan dimiliki sepenuhnya pegangan individu 100% Bumiputera iaitu Melayu, Orang Asli dan Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang.
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi had umur 60 tahun sewaktu permohonan.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak.
  • Mempunyai Lesen Berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.
  • Had pendedahan baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM500,000.00 dengan pengiraan had pendedahan dan pengecualian seperti berikut:
    – Firma, Syarikat Sdn Bhd, PLT dan Koperasi – Tidak meliputi pembiayaan di atas nama pengarah/pemegang saham.
    – Pengecualian untuk pembiayaan SPED sedia ada dan Premis Perniagaan sahaja.
  • Semakan laporan kredit Bank Negara iaitu Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang tiada tunggakan dan sekiranya ada, resit bayaran perlu dilampirkan.
  • Pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.
  • Mengemukakan Laporan Kewangan Beraudit atau Pengurusan bagi Firma / Syarikat Sdn Bhd / PLT / Koperasi mengikut tahun beroperasi (minimum 1 tahun).
  • Mengemukakan Penyata Bank firma/syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini.
  • Melampirkan salinan bagi Perjanjian Sewa Premis dan/atau Surat Kebenaran Menduduki yang dimatikan setem atau Geran Tanah. Walau bagaimanapun, ‘Sublet’ (sewa atas sewa) bagi sesebuah premis perniagaan adalah tidak dibenarkan.
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk firma perseorangan atau salah seorang bagi firma perkongsian, Sdn Bhd, PLT dan Koperasi.
  • Lain-lain dokumen berkaitan yang diperlukan bagi penilaian kredit dan kemampuan bayaran balik Pelanggan.

CARA MEMOHON

Pemrohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat/ Cawangan Bank Pelaksana atau di KPLB.
  2. Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.
  3. Borang Permohonan beserta kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.
  4. Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.

Permohonan yang dilulus akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana, manakala yang tidak diluluskan akan dimaklumkan oleh KPLB. Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pembiayaan dengan Agensi Pelaksana. Pengeluaran wang pembiayaan dibayar terus oleh Bank kepada senarai pembekal-pembekal.

BORANG PERMOHONAN SPED

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman www.rurallink.gov.my/ atau hubungi talian berikut:

  • Tel: 03 8000 8000
  • Email: info@ruralink.gov.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma