Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Dibuka

Yayasan Terengganu menawarkan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang kepada anak kelahiran Terengganu yang mendapat tawaran mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA) dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pembiayaan ini diberikan kepada pelajar yang telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir.

Sekiranya anda merupakan rakyat Terengganu dan sedang mengikuti pengajian peringkat Program Perakaunan Profesional/ Sarjana/ Doktor Falsafah dalam atau luar negara, anda boleh mula buat permohonan sekarang.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 26 Jun 2022. Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 26 September 20222 hingga 6 Oktober 2022

PENGAJIAN YANG LAYAK

Bagi pengajian dalam dan luar negara:

  • Persediaan
  • Ijazah Sarjana Muda

Tawaran dibuat buat LEPASAN:

  • STPM/ STAM
  • Asasi
  • Matrikulasi
  • Diploma

BIDANG KEUTAMAAN

Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mengikuti pengajian bidang berikut:

  • Perakaunan dan Kewangan
  • Ekonomi dan Pengurusan
  • Undang-undang
  • Matematik/ Statistik
  • Sains & Kejuruteraan
  • Sains Komputer/ Aktuari/ IT/ Sains Data

Permohonan dalam idang-bidang yang lain akan turut dipertimbangkan mengikut keperluan/ keadaan (case by case).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Syarat Khusus

  • Semak syarat khusus di iklan tawaran yang dikongsikan di bawah perkongsian ini

PERMOHONAN SKIM BIASISWA

Permohonan boleh dikemukakan sehingga 6 Oktober 2022 secara atas talian. Klik pautan berikut untuk membuat permohonan:

Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 09 6221733 atau email ke alamat info@yt.gov.my. 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma