Pendaftaran Skim mySalam: Tuntut Bayaran Ganti Pendapatan RM50 Sehari Dari Kerajaan. Ini Caranya
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya anda boleh menuntut wang tunai sehingga RM8,000 melalui program mySalam Skim Perlindungan B40. Bantuan ini khas disediakan oleh kerajaan buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada 3.69 juta penerima BSH yang berumur 18 – 55 tahun beserta pasangan.
Kini walaupun anda bukan penerima BSH, anda masih layak mendaftar ke program tersebut. Bantuan ini diberikan sebagai persediaan sekiranya mereka berdepan masalah penyakit kritikal, dan perlu menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Skim MySalam.
Isi Kandungan
MYSALAM SKIM PERLINDUNGAN B40
Penerima akan mendapat bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan di hospital terhad sehingga 14 hari setiap tahun pada kadar RM700 setahun atau RM50 sehari.
Penerima juga akan mendapat bayaran one-off sehingga RM8,000 sekiranya didapati menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal seperti yang disenaraikan di perkongsian bawah.
Senarai 45 Penyakit Kritikal
Berikut adalah senarai 45 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah program MySalam.
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Kelecuran Tahap Ketiga
- HIV
- Penyakit Terminal
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan pankreas berulang
- Elefantiasis
- Penyakit lembu gila
BAYARAN GANTI PENDAPATAN mySALAM COVID-19
Untuk makluman anda, skim mySalam juga menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19. Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.
Di dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
CARA MEMBUAT TUNTUTAN MYSALAM
Berikut adalah langkah membuat tuntutan mySalam.
- Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS.
- Klik ”Download Form” dan muat turun borang ”Critical Illness – Doctor’s Statement Form”
- Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
- Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
- Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
- Klik “Submit” untuk hantar tuntutan
Sekiranya permohonan anda berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.
Untuk makluman semua, skim ini hanya kepada penerima yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja. Setakat ini skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran Skim mySalam (Skim Perlindungan Nasional B40 ini), anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com.