Mohon Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0: Baucer Shopping RM100 Untuk Warga Emas & OKU
Skim Mesra Usia Emas (SMUE) merupakan salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008.
Ahli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka. Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program Jom Shopping SMUE ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.
Oleh yang demikian, mana-mana warga emas/OKU yang menepati syarat permohonan SMUE dan masih belum mendaftar hendaklah segera berbuat demikian.
Isi Kandungan
MANFAAT SMUE 2.0
Antara manfaat SMUE 2.0 yang baru dikemaskini adalah seperti berikut:
- Baucar beli belah RM100
- Khairat kematian RM500 (diberi kepada waris apabila penerima SMUE meninggal dunia)
– Permohonan boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian
SYARAT KELAYAKAN
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Skim Mesra Usia Emas SMUE adalah:
Kategori Warga Emas
- Warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
- Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU
- Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun
(perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada **pegawai pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja) - Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah di Negeri Selangor sahaja
Kategori OKU
- Warganegara Malaysia; DAN
- Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor (tiada had umur); DAN
- Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun
(perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada **pegawai pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja) - Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah di Negeri Selangor sahaja
PEGAWAI PENGESAH
Jawatan pegawai pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut :
- Ahli Parlimen/ Senator
- ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
- Penghulu / Ketua Kampung
- Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
- Pengerusi Taman Perumahan
- Nazir Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja
DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk buat permohonan Skim Mesra Usia Emas SMUE adalah:
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).
- Bagi pemohon yang tinggal dalam sebuah pertubuhan / rumah kebajikan, berikut adalah dokumen tambahan yang diperlukan:
a) Salinan dokumen pendaftaran pertubuhan
b) Surat kuasa daripada pemohon memberi kebenaran kepada pertubuhan mewakili bagi pihak pemohon dalam urusan berkaitan manfaat dalam program ini
c) Perlu hantar borang permohonan di pejabat YAWAS dan disahkan oleh pegawai YAWAS dengan merujuk kepada dokumen sebenar
CARA MEMOHON SMUE
Untuk mendapatkan manfaat Jom Shopping SMUE ini, pemohon perlu mendaftar dahulu di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Berikut adalah panduan mengisi borang permohonan SMUE:
- Terbuka kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan OKU. (Tertakluk pada syarat-syarat kelayakan permohonan SMUE)
- Permohonan adalah PERCUMA dan borang permohonan boleh didapatkan di seluruh pejabat Pusat Khidmat DUN di Negeri Selangor
- Lengkapkan borang permohonan dan sediakan dokumen sokongan yang disenaraikan di atas.
- Pendaftaran adalah mengikut alamat tempat tinggal seperti yang dinyatakan di dalam Mykad Pemohon SAHAJA. (Tertakluk kepada alamat di kawasan Negeri Selangor sahaja)
- Pemohon yang lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di luar Negeri Selangor TIDAK LAYAK untuk didaftarkan sebagai Ahli dan menerima sebarang manfaat di bawah skim ini.
SEMAKAN PERMOHONAN
Semakan status permohonan boleh dibuat dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon di pautan berikut:
Klik SEMAK untuk semak status permohonan. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke alamat atau hubungi talian berikut:
- Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor. - Email: pertanyaan.yawas@gmail.com
- Tel: 03 5481 8800