Skim Mesra 2023: Mohon Baucar Beli Belah RM150 Setiap Tahun Buat Warga Emas & OKU

Sebagai negeri yang mesra golongan kurang upaya (OKU) dan warga emas, Selangor terus mengutamakan agenda kebajikan mereka. Mulai 2023, insentif khusus utk mereka ditambah baik dan ditingkatkan .

Antara usaha Kerajaan Negeri membantu warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) adalah memberi baucar beli-belah bernilai RM150 setiap tahun dan khairat kematian bernilai RM500 menerusi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Sebelum ini, mereka menerima baucar beli belah setiap kali tiba bulan kelahiran. Bermula 2023, baucar boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tahun. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM30.5 juta.

MANFAAT SKIM MESRA

Ahli yang telah berdaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) akan mendapat manfaat berikut:

  • Baucar Beli Belah bernilai RM150
  • Khairat Kematian RM500

Baucar Beli Belah RM150

  • Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
  • Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
  • Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
  • Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
  • Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
  • Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
  • Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info

Khairat Kematian RM500

  • Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja
  • Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
  • Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan DIBAYAR.
  • Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN
  • Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
  • Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan DILAYAN
  • Rujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran manfaat Skim Mesra ini adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

  • Warganegara Malaysia; DAN.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS)

  • Warganegara Malaysia; DAN
  • Tiada had umur; DAN
  • Pemegang Kad OKU JKM ; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
  • Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran di buat

CARA SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN BARU SKIM MESRA

Setakat 22 Disember, 441,880 orang telah mendaftar membabitkan 417,003 warga emas dan 24,877 golongan (OKU). Untuk semak kelayakan, anda boleh masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik SEMAK di pautan berikut:

Status permohonan akan dipaparkan.

Sekiranya nama anda masih belum didaftarkan dan anda berkelayakan seperti dinyatakan di atas, permohonan online boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:

MOHON SKIM MESRA 2023

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma