Mohon Skim Insentif Integrasi Ternakan & Tanaman Dengan Sawit, Terima Bantuan Sehingga RM15,000
Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe) & Skim Insentif Integrasi Tanaman Dengan Sawit (ITa) merupakan insentif yang disediakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di bawah Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit.
Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit ini merupakan program bantuan yang disediakan khusus untuk mempelbagai dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui aktiviti penternakan dan tanaman serta penggunaan tanah yang optimum.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF BANTUAN
Berikut adalah matlamat insentif disediakan:
Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe)
- Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui amalan penternakan
- Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit
- Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara
Skim Insentif Integrasi Tanaman Dengan Sawit (ITa)
- Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit melalui penanaman tanaman kontan
- Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui penanaman tanaman kontan
- Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara
SKOP BANTUAN
Bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe)
- Pemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek:
i) Ayam daging/ kampung
ii) Itik penelur - Pecahan skop
i) RM3,500 bagi penyediaan kandang/ reban ternakan
ii) RM11,500 bagi pembelian input seperti benih/ anak ternakan makanan dan ubat-ubatan
Skim Insentif Integrasi Tanaman Dengan Sawit (ITa)
- Tanaman Nanas:
RM7,000 per hektar - Tanaman Pisang, Tembikai, Jagung, Betik:
RM3,000 per hektar
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran insentif adalah terbuka kepada pekebun yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
- Pekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta dari lain-lain agensi persekutuan atau negeri
- Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah
- Mempunyai lesen MPOB yang sah
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dibuat bersama dokumen-dokumen berikut:
- Borang permohonan yang diisi lengkap
- Salinan kad pengenalan
- Salinan dokumen pemilikan tanah
- Salinan lesen MPOB
- Surat akuan sumpah sebagai pekebun mengesahkan akan melakasanakan projek
- Dokumen sewa tanah/pajak
CARA MOHON
Borang permohonan boleh didapati di Pejabat TUNAS MPOB di seluruh Malaysia. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
- Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil Lembaga Minyak Sawit Malaysia,
No.6 Persiaran Institusi Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang Selangor
Permohonan juga boleh dihantar melalui email kepada:
- tkb40@mpob.gov.my (tanaman)
- integrasi2021@mpob.gov.my (ternakan)