Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP), Bantuan Sehingga RM1,500 Untuk Sambung Belajar

Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

Tujuan skim bantuan ini diperkenalkan oleh FELDA adalah bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN SKIM INSENTIF ANAK PENEROKA (SIAP)

Kadar bantuan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Diploma: RM500
  • Ijazah Dalam Negara: RM1,000
  • Ijazah Luar Negara: RM1,500

* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk dipertimbangkan:

  • Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  • Had umur permohonan:
    Peringkat Diploma: 18 tahun hingga 23 tahun
    Peringkat Ijazah: 18 tahun hingga 25 tahun

Permohonan TIDAK LAYAK dipertimbangkan bagi:

  • Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.
  • Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam/ Universiti Swasta yang disenaraikan FELDA
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan peneroka terkini

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan seperti dinyatakan di atas dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, anda boleh dapatkan borang permohonan di:

  • Pejabat FELDA berhampiran

Lengkapkan borang tersebut dan hantarkan semula bersama dokumen-dokumen dinyatakan di atas ke pejabat FELDA berhampiran.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Skim Insentif Anak Peneroka, anda boleh terus ke laman web https://www.felda.gov.my/. 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma