Tunas 2022: Permohonan Skim Bantuan Yuran Tadika RM50 Setiap Bulan Kini Dibuka
Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) telah diperkenalkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor dengan tujuan untuk membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.
Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan:
- RM50 setiap bulan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia (seperti yang tertera di Mykad); DAN Sama ada
a. Ibu atau bapa kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU;
b. Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU;
c. Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun(bagi yang bukan kelahiran luar Selangor). - Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
- Pendapatan isi rumah RM3000 kebawah.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sila lampirkan dokumen berikut untuk permohonan:
- Cetak Borang Permohonan (Bagi Permohonan Baru Sahaja)
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan A
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan A
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
- Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
i) Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
ii) Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)
PERMOHONAN TUNAS
Permohonan TUNAS 2022 secara online boleh dilakukan bermula 15 Mac 2022 Klik pautan di bawah untuk permohonan TUNAS:
Anda perlu masukkan nombor Kad Pengenalan anda beserta nombor Mykid dan klik semak. Klik Pendaftaran Baru bagi yang belum pernah memohon.
Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut:
- Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
4000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. - Tel: 03 5481 8800
- Email: pendaftarantunas@gmail.com
Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya. Semak senarai tadika yang terlibat DI SINI. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman web tunas.yawas.my
Baca juga: Mohon Bantuan Yuran Taska RM100, Skim Asuhan Anakku Pintar. Terima Bantuan Setiap Bulan