Permohonan Skim Bantuan Perniagaan Jayadiri. Terima Bantuan Peralatan & Kewangan Sehingga RM3,000
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menawarkan Skim Bantuan Jayadiri (Bantuan perniagaan) bagi individu yang beragama Islam dan sedang menjalankan perniagaan serta mempunyai potensi untuk maju. Bantuan berbentuk peralatan dan kewangan modal pusingan diberikan kepada peniaga yang layak.
Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
SKOP & KADAR BANTUAN
Skop bantuan jayadiri meliputi perkara-perkara berikut:
- Berbentuk barangan/peralatan
- Berbentuk kewangan modal pusingan tidak melebihi RM3,000
Kadar bantuan adalah tertakluk kepada keperluan utama sahaja dan pertimbangan daripada Pegawai Zakat Daerah.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN
Antara syarat permohonan bantuan yang ditetapkan adalah:
- Beragama Islam.
- Tergolong dalam asnaf miskin.
- Bentuk perniagaan mestilah DIBENARKAN dari segi syarak dan undang-undang.
- Sedang menjalankan perniagaan dan mempunyai potensi untuk maju.
- Perlu mengemukakan sebutharga / spesifikasi barangan / peralatan yang dimohon dengan jelas.
- Perlu mengemukakan Salinan Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (jika ada).
- WAJIB mengemukakan LAPORAN BERGAMBAR seperti:
a) Rumah pemohon
b) Bengkel/kedai semasa
c) Peralatan – peralatan sedia ada - Mengemukakan sijil / kursus berkonsepkan perniagaan / keusahawanan (jika ada).
- Wajib mengisi dengan JELAS semua ruangan di dalam Borang Bantuan LZNK.
- Wajib mengemukakan salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan (jika ada).
- Borang yang LENGKAP hendaklah mempunyai cop pengesahan Penolong Amil kariah dan diserahkan bersama semua dokumen-dokumen sokongan kepada Penolong Amil atau Pejabat Zakat Daerah.
- LZNK berhak MENOLAK permohonan sekiranya didapati tidak mengikut syarat-syarat atau maklumat yang diberikan TIDAK BENAR.
- LZNK akan MEMBUAT PEMANTAUAN keatas premis perniagaan tuan / puan dari semasa ke semasa untuk memastikan perniagaan tuan / puan dilakukan dengan baik. Pihak tuan / puan hendaklah memberi KERJASAMA.
KAEDAH PERMOHONAN
Berikut adalah kaedah permohonan bantuan perniagaan jayadiri:
- Hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti di atas
- Borang permohonan bantuan boleh diperoleh melalui Penolong Amil kariah masing-masing / Pejabat Zakat Daerah / Ibu Pejabat LZNK.
- Setiap permohonan yang lengkap akan menjalani proses siasatan oleh Penolong Amil atau kakitangan Pejabat Zakat Daerah ke tapak aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi talian berikut:
- Aras 3, Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200, Alor Setar,
Kedah - Tel : 04-733 1740
- Emel : aduan@zakatkedah.com
- Laman web: Lembaga Zakat Negeri Kedah