Tawaran Skim Bantuan Modal Niaga (SBNM) 2023 Terbuka Buat Golongan B40 & M40
Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN) bertujuan memberi bantuan perniagaan kepada golongan berpendapatan bawah RM10,000.00 atau golongan B40 dan M40 di wilayah KEJORA dalam bidang keusahawanan.
SBMN diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik seterusnya melahirkan masyarakat bumiputera yang berdikari dan rajin berusaha. Bentuk bantuan yang disediakan adalah seperti keperluan peralatan dan yang bersesuaian dengan potensi dan kemahiran pemohon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SKOP BANTUAN
Skop bantuan yang diberikan melalui program ini adalah sebagaimana berikut:
- Barangan dan peralatan untuk menjalankan perniagaan sedia ada
- Nilai barangan yang diluluskan berdasarkan kepada peralatan dan keperluan panel melalui permohonan peserta
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Peserta merupakan penduduk desa dan bandar baru wilayah KEJORA yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
- Peserta telah menghadiri kursus usahawan/niaga yang dianjurkan oleh mana-mana agensi kerajaan atau swasta
- Peserta yang mempunyai asas perniagaan dan telah memulakan perniagaan serta berpotensi untuk berjaya dan mempunyai kemahiran amatlah digalakkan
- Peserta menunjukkan minat dan berpotensi dalam menjayakan program ini
- Peserta bersedia mengikuti kursus lanjutan dan sentaisa memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai KEJORA
- Jenis bantuan yang berikat adalah dalam bentuk pembekelan mesin/ peralatan sahaja mengikut keutamaan dan keperluan sebenar
DOKUMEN SOKONGAN
Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang disediakan serta wajib mengemukakan dokumen sokongan berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Gambar berukuran passport
- Salinan pendaftaran perniagaan SSM
- Salinan pendapatan (3 bulan)
- Pengesahan bagi dokumen sokongan di atas dari majikan/ Penghulu/ ketua Kampung/ Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari mana-mana Jabatan Kerajaan
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan yang ditawarkan selewat-lewatnya 28 Februari 2023. Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:
Borang ini adalah borang permohonan semata-mata. Kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara dalam talian kepada Unit Ekonomi dan Usahawan. Unit Ekonomi dan Usahawan berhak menolak sebarang permohonan yang tidak memenuhi syarat dan tidak lengkap tanpa sebarang notis.
Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapatkan di laman sesawang www.kejora.gov.my. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 07-8843194 (Pn Nur Atiqah Binti Othman) atau 07-8843034 (En Muhammad Hafiz Bin Mohamad Aziz).