Tawaran Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan Dibuka

Sekiranya anda merupakan pelajar anak kelahiran Wilayah Persekutuan dan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi, anda boleh memohon Skim Bantuan Awal IPT oleh Yayasan Wilayah Persekutuan.

Skim Bantuan Awal IPT merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Sintitusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

KURSUS PENGAJIAN YANG LAYAK

Tawaran adalah terbuka bagi pelajar yang mengikuti pengajian SEPENUH MASA berikut:

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Kedoktoran (PhD)

SYARAT PERMOHONAN

Calon yang berkelayakan seperti berikut adalah layak buat permohonan:

Pemohon Tidak Cukup Umur 18 Tahun

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Menetap di Wilayah Persekutuan
  • Pendpatan perkapita RM1,000 ke bawah
  • Ibu/ bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan atau pemohon lahir di Wilayah Persekutuan

Pemohon Cukup Umur 18 Tahun Ke Atas

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Menetap di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan perkapita RM1,000 ke bawah
  • Pemohon merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan
  • Syarat pemohon lahir di Wilayah Persekutuan tidak diwajibkan
  • Pemohon yang masih menuntut di semester 1 tahun pertama sahaja yang layak memohon

Cara kira pendapatan perkapita RM1,000 ke bawah:

Pendapatan (termasuk elaun tetap) ketua keluarga + pasangan + isi rumah yang bekerja ÷ Bilangan tanggungan (isi rumah) termasuk ketua keluarga dan pasangan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dihantar bersama borang permohonan:

  • Gambar terbaru pelajar berukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan pelajar.
  • Salinan sijil kelahiran pelajar.
  • Salinan kad pengenalan pasangan (bagi pelajar yang telah berkahwin).
  • Salinan sijil/kad nikah (bagi pelajar yang telah berkahwin).
  • Salinan kad pengenalan bapa/penjaga.
  • Salinan kad pengenalan ibu/penjaga.
  • Salinan sijil kematian jika ibu/bapa meninggal dunia.
  • Salinan surat perakuan cerai ibu/bapa.
  • Salinan kad pengenalan isi rumah (ahli keluarga yang dalam tanggungan.
  • Salinan kad OKU (jika ahli keluarga pemegang kad OKU).
  • Salinan bil utiliti.
  • Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah pendapatan bapa/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja sendiri (nyatakan jumlah pendapatan + sumbangan anak-anak).
  • Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah pendapatan ibu/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja sendiri (nyatakan jumlah pendapatan + sumbangan anak-anak).
  • Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada Baitulmal MAIWP (jika ibu/bapa penerima bantuan).
  • Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika ibu/bapa penerima bantuan).
  • Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada PERKESO (jika ibu/bapa penerima bantuan).
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT.
  • Salinan resit pembayaran yuran pengajian/slip transaksi pembayaran kepada IPT

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah persekutuan. Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak lengkap dan tidak benar.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma