Uncategorized

Kesan Berpanjangan Yang Akan Dialami Oleh Bekas Pesakit Covid-19

February 16, 2022Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Kesan Berpanjangan Yang Akan Dialami Oleh Bekas Pesakit Covid-19

Jangan ambil mudah ya dengan penyakit Covid-19! Walaupun pesakit Covid-19 telah disahkan negatif, bekas pesakit Covid-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh!

Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius. Bila anda baca kesan-kesan berpanjangan yang dikongsikan di bawah, pasti anda akan sedar betapa bahayanya virus Covid-19 ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kesan-kesan berpanjangan yang akan dialami oleh bekas pesakit Covid-19.

PUNCA SINDROM COVID BERPANJANGAN

Keadaan yang akan dialami oleh bekas pesakit Covid-19 adalah berpunca daripada:

  • Kompilasi jangkitan Covid-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu
  • Gejala Long Covid-19 ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit Covid-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit Covid-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius

SINDROM COVID BERPANJANGAN

Antara sindrom berpanjangan yang akan dialami oleh bekas pesakit Covid-19 adalah:

Gejala yang kerap dialami

  • Kelesuan
  • Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti
  • Sukar tidak malam
  • Batuk
  • Kegelisahan

Pernafasan

  • Kesukaran bernafas
  • Batuk

Otak

  • Gangguan kognitif (lemah ingatan, kurang daya tumpu)
  • Sakit kepala
  • Gangguan tidur
  • Gejala neuropati periferi
  • Pening
  • Kecelaruan

Psikologi

  • Gejala kemurungan
  • Gejala kegelisahan

Jantung

  • Sesak dada
  • Sakit dada
  • Berdebar-debar

Kulit

  • Ruam telinga/ Hidung/ Tekak
  • Tinnitus (bunyi di telinga)
  • Sakit telinga
  • Sakit tekak
  • Hilang deria rasa/ bau

Otot/ tulang

  • Sakit sendi
  • Sakit otot

Gastrousus

  • Sakit abdoman
  • Loya
  • Cirit-birit
  • Anoreksia dan hilang selera makan

Nampak mengerikan bukan? Sebab itulah penting untuk anda jaga keselamatan dan kesihatan diri bagi mencegah daripada mendapat jangkitan Covid-19. Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaran yang baik serta pematuhan SOP, mampu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Uncategorized
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda