Sudah 2 Tahun Lebih Bekerja? Pastikan Anda Ada 4 Perkara Ini Untuk Masa Depan Yang Terjamin

Sudah bertahun kerja, peliklah jika tidak teringin untuk mencapai sesuatu. Jika anda sudah bertahun kerja tetapi masih tiada simpanan wang sekurang-kurangnya RM5,000 berjaga-jagalah.

Salah satu perkara yang perlu dicapai apabila sudah bekerja lebih daripada 2 tahun adalah memenuhi dan mencapai pengurusan kewangan yang baik. Penting untuk masa depan anda!

Berikut adalah beberapa perkara yang wajib anda lakukan selepas bekerja lebih 2 tahun.

PERKARA YANG WAJIB DILAKUKAN SELEPAS 2 TAHUN BEKERJA

1 Simpanan Kecemasan 3 Bulan Gaji

Awal-awal kerja memang tidak hairanlah asyik berjoli dan habiskan wang setiap kali gaji. Tetapi jangan bawa sikap itu sampai ke tua. Bila dah 2 tahun bekerja, anda sudah boleh fikir untuk membuat simpanan kecemasan.

Simpanan kecemasan perlulah sekurang-kurangnya 3 bulan gaji anda. Simpanan ini lah yang akan anda gunakan jika berlaku sebarang kecemasan dan elakkan dari buat pinjaman peribadi, bank dan sebagainya.

Baca juga: 5 Tempat Terbaik Untuk Membuat Simpanan Wang

2 Pelaburan Berisiko Rendah

Dalam tempoh dua tahun pertama bekerja, anda juga sudah sepatutnya mempunyai satu pelaburan yang berisiko rendah dan sederhana. Contoh pelaburan yang anda boleh lakukan adalah seperti ASB dan Unit Trust.

Jika Anda Sudah 2 Tahun Bekerja, Ini Perkara Wajib Yang Perlu Anda Lakukan

Mulakan dengan satu jumlah yang anda boleh melabur dengan selesa. Cadangan terbaik adalah antara 10% hingga 20% dari gaji anda.

3 Ambil Pelan Perlindungan

Pelan perlindungan adalah perkara yang paling penting untuk diambil sebaik sahaja anda bekerja dan mampu untuk membayar pelan yang diambil. Pastikan dalam tempoh 2 tahun pertama anda sudah memiliki pelan perlindungan.

Jika Anda Sudah 2 Tahun Bekerja, Ini Perkara Wajib Yang Perlu Anda Lakukan

Pelan perlindungan yang paling minimum adalah memadai untuk permulaan. Jumlah bayaran pelan pula pastikan tidak melebihi 10% dari gaji anda

4 Rancangan Membeli Rumah

Baru dapat kerja, tidak perlu lagi tergesa- gesa mendapatkan rumah pertama. Apa yang perlu anda lakukan selepas 2 tahun bekerja adalah merancang pembelian rumah pertama. Sama ada untuk pelaburan atau duduk sendiri, pastikan anda sudah mula buat simpanan untuk membeli rumah.

Antara perkara yang sudah boleh dirancang selepas 2 tahun kerja adalah:

  • Penyediaan deposit
  • Lokasi rumah
  • Untuk pelaburan atau duduk sendiri
  • Jenis rumah

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda untuk melakukan persediaan dari segi kewangan untuk masa depan anda! Ingat, setiap kali mendapat gaji tidak kira berapa lama anda sudah bekerja, pastikan anda buat simpanan setiap bulan walaupun sedikit.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma