Cara Dapatkan Sijil Vaksinasi SELANGKAH Buat Rakyat Selangor Yang Tidak Daftar Vaksin Di MySejahtera

Keputusan membenarkan penggunaan sijil vaksinasi Selangkah dianggap pengiktirafan terhadap inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani pandemik Covid-19. Rakyat Selangor yang belum menerima sijil vaksinasi digital MySejahtera kini boleh menggunakan sijil vaksinasi dalam aplikasi Selangkah.

Rakyat Selangor yang mendaftar vaksin di bawah Program Vaksinasi Selangor (SelVax) tidak perlu risau jika tiada sijil vaksinasi di MySejahtera seperti orang lain.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan panduan mudah mengakses Sijil Vaksinasi Selangkah.

SIJIL VAKSINASI SELANGKAH SELANGOR

Pada 9 September 2021 yang lalu, YB Khairy Jamaluddin telah membenarkan penggunaan sijil vaksinasi SELangkah bagi penerima vaksin di bawah Program Vaksinasi Selangor (SelVax)

Keputusan itu dilihat suatu bentuk pengiktirafan terhadap inisiatif yang dilaksanakan Selangor bagi melengkapi usaha Kerajaan Persekutuan memerangi Covid-19.

  • Rakyat Selangor yang belum menerima sijil vaksinasi digital MySejahtera kini boleh menggunakan sijil vaksinasi dalam aplikasi Selangkah
  • Sijil itu boleh digunakan sebagai dokumen pengesahan bagi keperluan aktiviti harian mereka

TUJUAN SIJIL VAKSINASI SELANGKAH DIBENARKAN

Kemudahan menggunakan sijil vaksinasi SELANGKAH adalah kerana:

  • Susulan aduan dikemukakan sebahagian penerima yang masih belum memperoleh sijil vaksin digital di aplikasi MySejahtera

Namun terdapat masalah lain yang berkaitan dengan aplikasi MySejahtera di mana terdapat mereka yang telah lengkap vaksin masih lagi tidak mempunyai sijil digital dan KKM telah mengambil keputusan untuk:

  • Orang ramai dibenarkan menggunakan kad fizikal dari KKM buat sementara waktu sebagai bukti penerima vaksin.

LANGKAH AKSES SIJIL VAKSINASI SELANGKAH

Berikut adalah langkah untuk mengakses Sijil Vaksinasi Selangkah:

Selepas ini orang Selangor yang ambil vaksin melalui program SelVax dah tak perlu risau jika tiada sijil vaksinasi di MySejahtera.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma