Tawaran Shell Management & Supervisory Trainee Internship Program, Elaun RM800 Diberi
Panggilan buat pelajar Diploma atau Ijazah Sarjana Muda tahun akhir yang sedang mencari penempatan latihan industri! Shell sedang mencari calon bagi penempatan latihan melalui Management & Supervisory Trainee Internship Program di Shell Retail Petrol Station dan Kedai Serbaneka Shell.
Shell komited dalam mempromosikan bakat dan pertumbuhan kerjaya melalui program pengurusan dan pelatih penyeliaan ini. Peluang adalah terbuka kepada pelajar yang berminat untuk bekerja secara sepenuh masa dan terus berkhidmat dengan Shell dalam bidang-bidang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program latihan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Majikan: Shell Malaysia
- Nama program: Management & Supervisory Trainee Internship Program
- Penempatan: Desa Sri Hartamas/ Damansara Damai/ Seksyen 7 Shah Alam
Peluang hanya terbuka kepada pelatih yang mahukan pekerjaan sepenuh masa dan berminat untuk menyertai program pembelajaran komprehensif yang meliputi:
- Business Admin
- Retail Management
- Operations Control
- Procurement & Merchandizing
- Marketing & Advertising
- Customer Service
- Human Resource
BIDANG PENGAJIAN
Tawaran terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian bidang berikut:
- Business Admin
- Marketing
- Operations Management
- Entrepreneurship
- Retail Management
- Human Resource
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Antara kemudahan disediakan kepada pelatih adalah:
- Elaun bulanan RM800
- 1 set makanan bagi setiap shift
- Penginapan di hostel
- Uniform
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk menjalani latihan industri di Shell melalui program ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui email. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume ke alamat email berikut:
- recruitment@abfam.co
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi talian berikut:
- 012 5038061
- 0123230435