Cara Setkan “Auto Transfer” Setiap Bulan Dari CIMBclicks Ke Tabung Haji
Buat pindahan wang setiap bulan secara automatik adalah salah satu cara membuat simpanan yang paling efektif. Dengan cara ini, kita akan menyimpan secara paksaan tanpa banyak alasan.
Pasti ramai yang masih tidak tahu sebenarnya kita boleh membuat pindahan wang secara automatik setiap bulan dari akaun CIMB ke Tabung Haji dengan mudah. Kaedah ini dinamakan “auto-transfer” atau “scheduled transaction“.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat pindahan wang secara automatik ke Tabung Haji.
Isi Kandungan
CARA SET AUTO TRANSFER KE TABUNG HAJI
Berikut adalah langkah-langkah membuat pindahan wang dari akaun CIMBclicks ke Tabung Haji secara automatik setiap bulan:
- Login ke akaun CIMBclicks
- Dah login, pergi ke Setting dan pilih Scheduled Transaction di menu pilihan
- Klik Select a Service
- Klik Pay Bills
- Pilih akaun CIMB anda dan Akaun Tabung Haji anda. Klik Submit
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda dan maklumat pindahan wang. Klik Update
Siap! Pindahan wang secara automatik setiap bulan anda akan dilakukan seperti yang ditetapkan. Nak cancel auto transfer? Jangan risau, mudah sahaja!
CARA CANCEL AUTO TRANSFER
Berikut adalah langkah-langkah membatalkan auto transfer yang anda telah setkan:
- Pergi ke Pay & Transfer
- Klik pada Scheduled Transactions
- Klik Pending History
- Pilih transaksi yang anda nak batalkan
- Klik pada Stop this transfer/payment
Baca juga: Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online Melalui THiJARI
Senang kan? Apabila dah mencapai target simpanan, anda boleh hentikan bila-bila masa sahaja. Kini tiada lagi alasan untuk anda tidak membuat sebarang simpanan. Bagi yang nak menyimpan di ASB setiap bulan secara automatik, anda juga boleh SETKAN AUTO-LABUR ASB dengan mudah.
Bagi yang nak buat pindahan wang dari CIMBclick ke Tabung Haji tetapi tidak mahu set pindahan bulanan automatik, anda juga boleh buat pindahan wang biasa.
Baca: Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Guna CIMB Clicks