Senarai Zakat Pengajian Setiap Negeri Yang Boleh Dimohon Untuk Sambung Belajar

Tahniah bagi calon yang dapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi! Bagi yang tak tahu, kaunter zakat di setiap negeri menyediakan bantuan pengajian bagi membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi dalam mahupun luar negara.

Umat Islam yang kurang berkemampuan boleh mohon bantuan zakat negeri yang disediakan dengan menggunakan borang tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai bantuan zakat pengajian setiap negeri yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

SENARAI BANTUAN ZAKAT PENGAJIAN SETIAP NEGERI

Zakat Negeri Pahang

Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang mempelawa pelajar yang dapat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelbagai peringkat pengajian mohon Bantuan Awal Pelajar IPT yang ditawarkan. Permohonan zakat pengajian MUIP sekarang boleh dibuat dengan mudah melalui Zakat4Pengajian.

Kadar bantuan zakat pengajian yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Sijil Asasi/ Matrikulasi (Sepenuh masa): RM500
  • Diploma (Sepenuh masa): RM700
  • Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh masa): RM1,200
  • Ijazah Sarjana Muda (PJJ): RM1,500
  • Ijazah Sarjana (Master): RM1,500
  • PHD (Selain pengajian Islam): RM3,000
  • PHD (Pengajian Islam): RM5,000

MOHON ZAKAT PENGAJIAN MUIP

Zakat Negeri Perak

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menawarkan Bantuan Kemasukan IPA/IPTS bagi memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermastautin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bantuan yang akan diberikan hanyalah di peringkat pengajian seperti dibawah.

SYARAT & PANDUAN MOHON BANTUAN ZAKAT PERAK

Zakat Negeri Kelantan

Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” untuk melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan di peringkat pengajian Asasi, Diploma dan Ijazah bagi pelajar semester satu sahaja.

Semak syarat kelayakan dan panduan permohonan zakat pengajian negeri Kelantan di sini:

SYARAT & PANDUAN MOHON ZAKAT NEGERI KELANTAN

Zakat Negeri Johor

Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT ditawarkan kepada anak kelahiran Johor yang bakal sambung pengajian. Bantuan ditawarkan seperti berikut:

  • Diploma: RM500
  • Ijazah: RM1,000

Permohonan boleh dibuat di puatan bawah:

SYARAT & PANDUAN MOHON BANTUAN ZAKAT JOHOR

Zakat Negeri Sabah

Majlis Ugama Islam Sabah menawarkan pelbagai jenis bantuan pendidikan kepada umat Islam di Sabah yang bakal mlenjautkan pengajian.

SYARAT & PANDUAN MOHON BANTUAN ZAKAT MUIS

Zakat Negeri Kedah

Derma siswa Awal IPT dalam Negara merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

Rujuk panduan permohonan zakat negeri Kedah di bawah:

SYARAT & PANDUAN MOHON ZAKAT PENGAJIAN KEDAH

Zakat Negeri Pulau Pinang

Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang disediakan bagi membantu kewangan  mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan ZPP samada di dalam atau luar negara pada peringkat Diploma, Markaz Lughah (Mesir), Ijazah, Ijazah Perubatan, Sarjana dan PhD. Terbuka kepada semua kursus yang memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

SYARAT & PANDUAN MOHON BANTUAN ZAKAT PULAU PINANG

Zakat Wilayah Persekutuan

Majlis Agama Islam Wilayah persekutuan menyediakan Bantuan Am Pelajaran IPT/ Bantuan Persediaan IPT bagi membantu pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Semak syarat kelayakan dan panduan buat permohonan bantuan zakat MAIWP di bawah:

SYARAT & PANDUAN MOHON ZAKAT PENGAJIAN MAIWP

Zakat Negeri Melaka

Permohonan bantuan zakat negeri Melaka boleh dibuat melalui kaunter zakat berdekatan.

Zakat Negeri Sembilan

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menawarkan bantuan zakat kepada pelajar di Negeri Sembilan yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Permohonan boleh dibuat dengan  menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi ke kaunter Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Download borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN MAINS

Zakat Negeri Perlis

Permohonan bantuan zakat negeri Melaka boleh dibuat melalui kaunter zakat berdekatan.

Zakat Negeri Sarawak

Tabung Baitumal Majlis Islam Sarawak ingin membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam  yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi dalam mahupun luar negara. Skop bantuan IPT dalam negara adalah bagi tujuan pendaftaran di Semester 1 Tahun Satu sahaja pada peringkat  Diploma atau Ijazah Pertama, dan Sarjana bagi membolehkan mereka mendaftarkan diri.

SYARAT & PANDUAN MOHON BANTUAN ZAKAT SARAWAK

Zakat Negeri Terengganu

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara ditawarkan bagi Meringankan bebanan para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajian anak-anak mereka ke pusat pengajian.

SYARAT & PANDUAN MOHON ZAKAT TERENGGANU

Semoga bantuan-bantuan ini dapat membantu meringankan beban umat Islam yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma