Senarai Sekolah SMK Yang Paling Banyak Kes Disiplin Dicatatkan Di Malaysia
Pada tahun 2017, sebanyak 402 buah sekolah di seluruh Malaysia telah dikenalpasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mencatatkan banyak kes disiplin dan penyalahgunaan dadah. Kementerian telah mengeluarkan satu senarai yang menunjukkan senarai nama sekolah yang terlibat dalam catatan yang banyak dalam 2 kategori iaitu disiplin dan dadah.
Kategori kesalahan disiplin dilabelkan sebagai kategori 1 manakala penyalahgunaan dadah dikategorikan sebagai kategori 3.
Cuba anda cek senarai yang dikeluarkan ini, mana tahu sekolah anda juga tersenarai!
Isi Kandungan
NEGERI DENGAN KES TERTINGGI
Berikut adalah senarai negeri yang mencatatkan kes tertinggi di Malaysia:
- Bagi tempat pertama, sekolah di Negeri Selangor mencatatkan kes paling banyak dalam senarai iaitu sebanyak 76 buah sekolah yang terlibat dalam kes disiplin dan penyalahgunaan dadah yang tinggi.
- Kedua tertinggi adalah Johor dengan 63 buah sekolah yang tersenarai dalam kategori penyalahgunaan sahaja.
- Diikuti dengan tempat ketiga, Negeri Sembilan yang melibatkan 40 buah sekolah di mana 5 daripadanya tergolong dalam kategori penyalahgunaan dadah.
- Pulau Pinang dan Pahang berkongsi tangga keempat dengan bilangan 37 buah sekolah setiap negeri. Daripada 37 buah sekolah di Pulau Pinang, Sembilan daripadanya adalah daripada adalah daripada kategori 3 dan Pahang sebanyak tujuh buah sekolah terlibat penyalahgunaan dadah.
Bagi sekolah di Kuala Lumpur, walaupun hanya 22 buah sekolah tersenarai kesemuanya diklasifikasikan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah.
Dalam senarai ini, tiada satu pun sekolah di negeri Sabah dicatatkan.
SENARAI PENUH SEKOLAH YANG BANYAK KES
Berikut adalah senarai penuh sekolah-sekolah yang paling banyak kes disiplin di Malaysia.