Senarai Skim Jawatan Di Bawah Bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Bekerja dalam kerajaan sememangnya impian setiap orang kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil dengan pelbagai faedah yang menarik. Selain Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanajaya Perkhidmatan pendidikan (SPP) juga menawarkan pelbagai skim jawatan kepada rakyat Malaysia yang berminat dalam sektor awam

Namun tak ramai yang tahu tentang skim-skim jawatan di bawah bidang kuasa SPP. Banyak sebenarnya skim jawatan ditawarkan yang boleh dimohon dengan pelbagai kelayakan seperti SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai skim jawatan di bawah bidang kuasa SPP.

SENARAI SKIM JAWATAN DI BAWAH SPP

Berikut adalah senarai skim jawatan yang merupakan di bawah bidang kuasa SPP:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPT iaitu jawatan:

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  • Penyelia Asrama Gred N19
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  • Pembantu Makmal Gred C19
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Pemandu Kenderaan Gred H11

CARA MOHON JAWATAN

Berminat nak mohon jawatan yang ditawarkan? Anda boleh buat permohonan melalui laman MySPP.

Bagi yang belum pernah membuat pendaftaran dan permohonan jawatan melalui laman MySPP, anda boleh buat pendaftaran sebelum mohon terlebih dahulu. Pendaftaran MySPP boleh dibuat dengan ikut panduan di bawah:

PANDUAN DAFTAR MYSPP

Calon yang pernah daftar akaun MySPP boleh kemaskini maklumat permohonan jawatan melalui laman MySPP untuk memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan.

PANDUAN KEMASKINI PERMOHONAN MYSPP

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan buat orang ramai memohon jawatan dalam sektor pendidikan melalui sistem mySPP. Untuk makluman, setiap jawatan bagi calon yang layak akan hadapi proses temuduga terlebih dahulu sebelum pengambilan jawatan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma