Senarai Pusat Internet Komuniti (PIK) Di Seluruh Negara & Kemudahan Yang Disediakan

Pusat Internet Komuniti (PIK) adalah satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyediakan kemudahan internet di kawasan yang kurang mendapat liputan selain menyemai kemahiran berasaskan komputer dan pengetahuan yang menjadi aspek penting kepada setiap orang dalam dunia hari ini.

Kini, sebanyak 873 PIK telah dibangunkan di seluruh negara bagi memberi kemudahan kepada semua orang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai PIK yang disediakan di seluruh negara dan kemudahan yang disediakan.

FUNGSI PUSAT INTERNET KOMUNITI

Pusat Internet Komuniti berfungsi sebagai:

  • Pusat Pembelajaran
  • Pusat Keusahawanan & e-dagang
  • Pusat Hubungan & Jaringan Komuniti
  • Pusat Kreativiti & Inovasi
  • Pusat Informasi & Respositori
  • Agen Pengubah

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN

Pelbagai aktiviti dalam talian boleh dilakukan di PIK. Antaranya adalah:

  • Kelas dalam talian
  • Perniagaan dalam talian
  • Komunikasi dalam talian
  • Carian Maklumat
  • Kandungan tempatan & Inovasi dalam talian

Dengan kemudahan PIK, anda boleh terus kekal berhubung dalam talian dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa!

MANFAAT PUSAT INTERNET KOMUNITI

Pusat Internet yang disediakan ini bertindak sebagai sebuah pusat untuk:

  • Memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian
  • Usahawan-usahawan tempatan dapat menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka dan pada masa yang sama, permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk mereka
  • Pusat latihan ICT untuk melatih golongan muda dan warga emas bagi memperkasakan mereka dengan kemahiran-kemahiran komputer asas, serta mendedahkan mereka kepada maklumat-maklumat penting.
  • Khidmat nasihat penggunaan aplikasi e-kerajaan turut disediakan bagi memudahkan masyarakat luar bandar mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan secara dalam talian

Senarai Pusat Internet Komuniti (PIK) Di Seluruh Negara & Kemudahan Yang Disediakan

SENARAI PUSAT INTERNET KOMUNITI

Kini, terdapat 873 Pusat Internet Komuniti telah disediakan di seluruh negara. Anda boleh semak senarai PIK yang tersedia dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman https://mycomms.skmm.gov.my
  2. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu untuk semak senarai Pusat Internet Komuniti.
  3. Klik Register
    Senarai Pusat Internet Komuniti (PIK) Di Seluruh Negara & Kemudahan Yang Disediakan
  4. Lengkapkan maklumat yang diminta dan klik Register untuk pendaftaran. Bagi Area/ Operator Code anda perlu masukkan poskod kawasan anda.
    Senarai Pusat Internet Komuniti (PIK) Di Seluruh Negara & Kemudahan Yang Disediakan
  5. Setelah selesai pendaftaran. Klik Go Back
    Senarai Pusat Internet Komuniti (PIK) Di Seluruh Negara & Kemudahan Yang Disediakan
  6. Masukkan Email dan Password yang didaftarkan tadi. Klik Sign In
    Senarai Pusat Internet Komuniti (PIK) Di Seluruh Negara & Kemudahan Yang Disediakan
  7. Klik Pusat Internet untuk semak senarai Pusat Internet di seluruh Malaysia
    Senarai Pusat Internet Komuniti (PIK) Di Seluruh Negara & Kemudahan Yang Disediakan
  8. Jumlah Pusat Internet di seluruh negara akan dipaparkan. Klik pada negeri anda untuk lihat senarai Pusat Internet di kawasan anda
    Senarai Pusat Internet Komuniti (PIK) Di Seluruh Negara & Kemudahan Yang Disediakan

Bila dah semak senarai Pusat Internet Komuniti yang disediakan di kawasan anda, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://mycomms.skmm.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma