70 Jenis Jawatan Kerja Kerajaan Yang Boleh Dimohon Dengan Kelayakan STPM/ Diploma/ STAM

Bekerja dalam sektor awam sememangnya impian setiap orang kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil dengan pelbagai faedah yang menarik.

Bagi lepasan STPM/ Diploma dan setaraf sebenarnya banyak jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang boleh anda mohon dengan menggunakan Sijil kelayakan STPM/ Diploma dan setaraf. Sama sahaja seperti permohonan lain, permohonan jawatan bagi kelayakan ini juga dilakukan secara online di sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9)

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai jawatan yang boleh dimohon oleh lepasan STPM/ Diploma/ STP/ STAM/ HSC.

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan kerja kerajaan yang boleh dimohon dengan menggunakan kelayakan STPM/ Diploma/ STAM/ STP/ HSC:

  1. Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim (Bintara Muda Maritim Gred T5)
  2. Jurubahasa Gred LA29
  3. Jurupulih Perubatan Gred U29 (Fisioterapi)
  4. Jurupulih Perubatan Gred U29 (Cara Kerja)
  5. Jururawat Gred U29
  6. Juruterapi Pergigian Gred U29
  7. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
  8. Juruteknologi Pergigian Gred U29
  9. Juru X-Ray Gred U29
  10. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG20
  11. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29
  12. Penghulu Gred NP29
  13. Penolong Akauntan Gred W29
  14. Penolong Landskap Gred JA29
  15. Penolong Juruaudit Gred W29
  16. Penolong Jurutera Gred JA29
  17. Penolong Jurukur Gred JA29
  18. Penolong Jurukur Bahan Gred JA29
  19. Penolong Jurukur Bangunan Gred J29
  20. Penolong Kurator Gred S29
  21. Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
  22. Penolong Pegawai Arkib Gred S29
  23. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29
  24. Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
  25. Penolong Pegawai Geosains Gred C29
  26. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
  27. Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
  28. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C29
  29. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
  30. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  31. Penolong Pegawai Latihan Gred E29
  32. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29
  33. Penolong Pegawai Laut Gred A29
  34. Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
  35. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
  36. Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
  37. Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
  38. Penolong Pegawai Perbitan Gred N29
  39. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp29
  40. Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
  41. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29
  42. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
  43. Penolong Pegawai penyelidik Sosial  Gred N29
  44. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
  45. Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29
  46. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S29
  47. Penolong Pegawai perikanan Gred G29
  48. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
  49. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
  50. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
  51. Penolong Pegawai Psikologi Gred S29
  52. Penolong Pegawai Sains Gred C29
  53. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
  54. Penolong Pegawai Siasatan Gred KP29
  55. Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
  56. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  57. Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
  58. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29
  59. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  60. Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29
  61. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
  62. Penolong Pemeriksa Hutan Gred G29
  63. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29
  64. Penolong Pengasa Bomba Gred KB29
  65. Penolong Pengiasa Imigresen Gred KP29
  66. Penolong Penguasa Kastam Gred WK 29
  67. Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
  68. Penolong Pengurus Asrama Gred N29
  69. Penolong Pustakawan Gred S29
  70. Setiausaha Pejabat Gred N29

SYARAT KELAYAKAN

Anda boleh semak syarat kelayakan akademik yang terperinci bagi setiap jawatan dinyatakan di atas melalui laman berikut:

CARA MOHON

Lepasan STPM/ Diploma/ STP/ STAM/ HSC yang berminat untuk mohon kerja kerajaan boleh buat permohonan melalui sistem SPA9. Untuk makluman anda, permohonan jawatan adalah dibuka SEPANJANG MASA. Jadi, permohonan boleh dibuat bila-bila masa sahaja.

Bagi yang belum pernah daftar akaun SPA9, anda boleh daftar sekarang melalui pautan berikut:

DAFTAR SPA9

Calin yang pernah daftar akaun SPA9 sebelum ini boleh mohon dengan langkah berikut:

MOHON KERJA DI SPA9

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan buat calon memohon jawatan dalam sektor kerajaan melalui sistem SPA. Untuk makluman, setiap jawatan bagi calon yang layak akan hadapi ujian kelayakan dan proses temuduga terlebih dahulu sebelum pengambilan jawatan.

Anda boleh lihat 99+ Contoh Soalan Famous Temuduga  SPA sebagai persediaan jika dipanggil temuduga nanti. Selamat maju jaya!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma