Senarai Cuti Perayaan 2020 Lengkap Untuk Rujukan Anda

Untuk negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun. Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu, Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.

Senarai Cuti Perayaan 2020 Lengkap Untuk Rujukan Anda

Penting untuk kita ketahui tarikh-tarikh penting cuti perayaan di negara kita agar dapat merancang cuti dan perjalanan kita dengan baik. Kadang-kadang kita sering keliru atau terlupa sama ada negeri tempat kita bekerja ini ada mengambil cuti sempena sesuatu sambutan atau perayaan tersebut.

Berikut dikongsikan senarai cuti perayaan bagi tahun 2020 buat panduan ibu bapa, pelajar dan umum.

SENARAI CUTI PERAYAAN 2020

Berikut adalah senarai cuti perayaan bagi tahun 2020 lengkap untuk rujukan anda semua.

Rujukan:

  • Kumpulan A: Negeri Kedah, Johor, Kelantan & Terengganu
  • Kumpulan B: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

1. Tahun Baru Cina

  • Tarikh Perayaan: 25.01.2020 (Sabtu) & 26.01.2020 (Ahad)
  • Tarikh Cuti Perayaan
    Kumpulan A: 23.01.2020 (Khamis) hingga 27.01.2020 (Isnin)
    Kumpulan B: 23.01.2020 (Khamis) hingga 24.01.2020 (Jumaat)

2. Hari Raya Aidilfitri

  • Tarikh Perayaan: 24.05.2020 (Ahad) & 25.05.2020 (Isnin)
  • Tarikh Cuti Perayaan
    Kumpulan A: 20.05.2020 (Rabu) hingga 21.05.2020(Khamis)
    Kumpulan B: 21.05.2020 (Khamis) & 22.05.2020 (Jumaat)

3. Hari Deepavali

  • Tarikh Perayaan: 14.11.2020 (Sabtu)
  • Tarikh Cuti Perayaan
    Kumpulan A: 15.11.2020 (Ahad) hingga 16.11.2020 (Isnin)
    Kumpulan B: 13.11.2020 (Jumaat) hingga 16.11.2020 (Isnin)

4. Hari Raya Qurban

  • Tarikh Perayaan: 31.07.2020 (Khamis) hingga 02.08.2020 (Sabtu)
  • Tarikh Cuti Perayaan
    Kumpulan A: 31.07.2020 (Khamis) hingga 02.08.2020 (Sabtu)
    Kumpulan B: 31.07.2020 (Khamis) hingga 02.08.2020 (Sabtu)

5. Hari Krismas

  • Tarikh Perayaan: 25.12.2020 (Jumaat) hingga 27.12.2020 (Ahad)
  • Tarikh Cuti Perayaan
    Kumpulan A: 25.12.2020 (Jumaat) hingga 27.12.2020 (Ahad)
    Kumpulan B: 25.12.2020 (Jumaat)

6. Hari Kaamatan

  • Tarikh Perayaan: 30.05.2020 (Sabtu) & 31.05.2020 (Ahad)
  • Cuti Perayaan untuk Sabah dan Labuan Sahaja

7. Hari Gawai Dayak

  • Tarikh Perayaan: 01.06.2020 (Isnin) & 02.06.2020 (Selasa)
  • Cuti Perayaan untuk Sarawak sahaja

Semoga perkongsian senarai perayaan tahun 2020 di negara Malaysia ini dapat memberi manfaat dan membantu anda menyusun jadual anda semasa cuti nanti.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma