OGOS Babies Wajib Baca! Ini Senarai Birthday Treats Yang Anda Boleh Tebus Sepanjang Bulan Kelahiran!

Jika anda lahir dalam bulan Ogos, berita baik untuk anda — bulan ini bukan sahaja bermakna tambah usia, tapi juga tambah rezeki! Banyak jenama dan tempat menarik di Malaysia menawarkan treats dan hadiah percuma sempena hari lahir anda. Dari makanan percuma, masuk tempat tarikan tanpa bayaran, hingga diskaun menarik, semuanya boleh ditebus dengan mudah – asalkan anda tahu di mana dan bagaimana untuk tuntutnya.

Promosi seperti ini biasanya eksklusif untuk rakyat Malaysia dan hanya memerlukan pengesahan melalui kad pengenalan atau aplikasi keahlian. Namun begitu, jangan tunggu hari lahir baru nak muat turun aplikasi ya! Banyak syarikat perlukan anda mendaftar lebih awal untuk dapatkan ganjaran hari lahir yang lumayan.

Jadi untuk anda yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos, ini masa terbaik untuk treat diri sendiri dan nikmati ganjaran dari pelbagai jenama kegemaran rakyat Malaysia. Kami kongsikan senarai lengkap birthday treats bulan Ogos 2025 yang anda boleh tebus – dan ya, semuanya sah untuk sepanjang bulan hari jadi!

Jom semak satu per satu… pastikan anda jangan skip info ni!

Akses Percuma ke Tempat Tarikan Terkenal

1. Aquaria KLCC – Tiket Masuk Percuma (1 Ogos 2025 ke atas)
Rakyat Malaysia (MyKad/PR) yang menyambut hari lahir dalam bulan Ogos layak untuk masuk percuma ke Aquaria KLCC, sekali setahun. Tebusan hanya sah untuk walk-in sahaja.

2. Zoo Negara – Tiket Percuma Sepanjang Bulan Hari Lahir
Bawa keluarga berjalan-jalan sambil nikmati keindahan alam. Tiket percuma disediakan sepanjang 30 hari bermula pada hari jadi anda. Sah untuk warganegara sahaja!

Food & Drinks: Banyak Makan Percuma Menanti!

3. Tealive – Voucher Minuman Beli 1 Percuma 1 (Apps)
Ahli Tealive App akan dapat voucher B1F1 minuman pada hari pertama bulan kelahiran. Minum dua, bayar satu!

4. Baskin Robbins – Free Single Scoop (Sepanjang Bulan Birthday)
Ahli Club 31 boleh tuntut aiskrim percuma saiz regular scoop sepanjang bulan Ogos. Sejuk hati!

5. KFC – Free Snack Plate (Delivery Sahaja)
Ahli KFC App boleh tuntut snack plate percuma dengan pesanan min. RM15 (tidak termasuk caj penghantaran). Sah sepanjang bulan Ogos.

6. Boost Juice – Free Smoothie (2 Hari Sebelum/Selepas Birthday)
Ahli VIBE Club dengan sekurangnya 1 point boleh tebus smoothie percuma dalam 5 hari sekitar birthday.

7. Gong Cha – RM10 Free Drinks + Birthday Points
Ahli aplikasi Gong Cha Malaysia dapat voucher RM10 untuk minuman + birthday points. Boleh tebus sepanjang bulan!

8. Sushi King – Free Dessert + RM20 Points
Ahli Sushi King App akan dapat pencuci mulut percuma dan RM20 mata ganjaran. Scan QR sebelum bayar ya!

9. Family Mart – Free Sofuto (Apps)
Ahli aplikasi Family Mart boleh tuntut 1 aiskrim Sofuto percuma sepanjang bulan lahir.

10. Marrybrown – 50% Diskaun Lucky Plate Combo
Nikmati 50% diskaun untuk menu terpilih sepanjang bulan birthday. Berbaloi sangat!

Tips Penting Untuk Tebus Birthday Treats

  • Pastikan semua apps dimuat turun dan daftar lebih awal!
  • Simpan salinan digital IC jika diperlukan
  • Tahu tempoh sah tebus: ada yang sah hanya pada hari lahir, ada yang sebulan penuh
  • Baca terma & syarat di aplikasi sebelum ke kaunter

Penutup: Rezeki Hari Jadi Jangan Disia-siakan!

Bulan kelahiran hanya datang sekali setahun, jadi manfaatkan peluang ini sebaiknya! Dengan hanya mendaftar dalam aplikasi dan menunjukkan bukti tarikh lahir, anda boleh jimat banyak sambil nikmati pelbagai makanan dan aktiviti menarik secara percuma atau dengan diskaun hebat. Jangan tunggu saat akhir, OGOS Babies – ini masa anda diraikan!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma