[Lengkap] Senarai Bantuan Pusat Zakat Setiap Negeri Untuk Bantuan Rakyat

Dalam keadaan negara yang sedang mengalami kesusahan ekoran dengan masalah penularan wabak Covid-19, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan dan kerajaan setiap negeri bagi membantu rakyat yang mengalami kesusahan disebabkan oleh masalah ini.

Ramai orang kehilangan sumber pendapatan dan tiada gaji diberikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini. Kerajaan telah menyediakan banyak jenis bantuan kepada banyak golongan dengan harapan dapat memudahkan urusan rakyat ketika bencana ini berlaku.

Berikut adalah peruntukan kerajaan negeri dan pusat zakat yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia.

BANTUAN KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT ZAKAT SETIAP NEGERI

1 NEGERI PERAK

Kerajaan Negeri

Kerajaan negeri Perak menyediakan peruntukan sebanyak RM7 juta sebagai bantuan untuk mengurangkan beban golongan sasaran yang terkesan ekoran COVID-19. Berikut adalah senarai bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri Perak kepada rakyat yang mengalami kesusahan disebabkan oleh Covid-19.

👉Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Perak

Pusat Zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama beberapa rakan strategik, memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat keseluruhan sebanyak RM11.95 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Azam Shaari berkata, dana khas diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertujuan meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi pandemik COVID-19.

👉Borang Bantuan Zakat

2 NEGERI KELANTAN

Kerajaan Negeri

Kelantan mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM5 juta bagi menangani penularan wabak Covid-19. Peruntukan itu bagi meringankan beban rakyat kurang berkemampuan akibat kesan penularan wabak terbabit.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bayaran sebanyak RM300 akan disalurkan untuk satu keluarga pesakit golongan B40 yang didapati positif virus berkenaan.

Katanya, selain itu bayaran sebanyak RM300 turut diberikan untuk satu keluarga golongan B40 yang diletakkan di bawah pengawasan berpusat akibat Covid-19.

Pusat Zakat

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melancarkan Program Prihatin MAIK dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta untuk menampung keperluan golongan asnaf yang terjejas akibat Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia.

Program ini dijangka memberi manfaat kepada 10,000 keluarga yang terkesan. Permohonan boleh dibuat melalui pautan di bawah.

👉Portal Rasmi MAIK

3 NEGERI TERENGGANU

Kerajaan Negeri

Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta sebagai insentif kepada golongan yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membantu kumpulan berkenaan, semalam.

Pusat Zakat

Kerajaan Terengganu mengumumkan sebanyak RM6 juta akan diperuntukkan sebagai insentif kepada golongan yang terjejas akibat Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) di negeri itu.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 19 Mac 2020 membuat keputusan untuk melakukan kajian dan penilaian menyeluruh kesan Covid-19 kepada kumpulan sasar tertentu pelbagai kategori di Terengganu.

4 NEGERI PAHANG

Kerajaan Negeri

seramai 17,935 individu di negeri ini akan menerima bantuan khas tunai sekali bayar RM150 dan barang keperluan bernilai RM50.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan khas kepada golongan yang terkesan secara langsung dan terputus sumber bekalan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan peruntukan bernilai RM3.587 juta.

Pusat Zakat

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan sumbangan bantuan sebanyak RM2.776 juta bagi menangani wabak COVID-19 kepada golongan asnaf fakir dan miskin, keluarga pesakit yang terlibat serta pihak hospital yang mengendalikan pesakit COVID-19 ini.

5 NEGERI PERLIS

Kerajaan Negeri

Kerajaan Perlis telahi mengumumkan 17 insentif bantuan dengan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membantu mengurangkan beban rakyat terutama mereka yang hilang punca pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pusat Zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited membantu golongan asnaf terjejas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak pandemik COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM2.4 juta.

Setiap asnaf yang terdiri dari kalangan penerima Bantuan Sara Hidup Bulanan dan Bantuan Sara Hidup Berkala (dalam senarai terkini) akan menerima Bantuan Khas Rangsangan Asnaf sebanyak RM200 yang akan disalurkan melalui akaun bank masing-masing.

6 NEGERI KEDAH

Kerajaan Negeri

Kerajaan negeri memperuntukkan RM21 juta sebagai inisiatif bagi mengurangkan beban ekonomi akibat penularan coronavirus (COVID-19) termasuk RM10 juta bagi pakej rangsangan ekonomi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi itu akan memberi manfaat kepada peniaga dan penjaja kecil, pekerja harian, peniaga persendirian, pemandu teksi, pemandu bot, pemandu pelancong.

Pusat Zakat

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memperuntukkan lebih RM7 juta untuk diagih kepada golongan terkesan di negeri ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman, berkata peruntukan itu akan diagihkan kepada golongan yang terputus sumber pendapatan seperti penjaja dan pekerja yang bergaji hari, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

7 NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM127.78 juta, mengandungi tujuh inisiatif bagi mengurangkan beban ekonomi akibat penularan COVID-19.

Dinamakan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin COVID-19, inisiatif itu antara lain memperuntukkan penangguhan bayaran cukai tanah, selain manfaat untuk petugas barisan hadapan memerangi virus berkenaan serta peniaga dan penjaja berlesen.

Pusat Zakat

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan khas berjumlah RM15 juta bagi membantu keperluan kebajikan dan perubatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop, berkata peruntukan khas itu dikhususkan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil serta pekerja B40 yang terjejas sumber pendapatan susulan penguatkuasaan perintah berkenaan.

8 NEGERI SEMBILAN

Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM3 juta untuk menyediakan bantuan barangan keperluan asas harian kepada individu berpendapatan rendah yang terjejas punca pendapatan akibat koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan adalah antara inisiatif khas yang disediakan kerajaan negeri bagi mengurangkan beban rakyat dalam mendepani kesan penularan Covid-19.

9 Negeri Melaka

Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri Melaka pada Jumaat mengumumkan lapan insentif khas melibatkan peruntukan RM6.53 juta, bagi membantu rakyat terjejas dan usaha mengekang menularan COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata, salah satu insentif itu adalah peruntukan khas bagi petugas barisan hadapan kesihatan, yang sedang merawat dan mengawal penularan pandemik itu.

Pusat Zakat

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan bantuan lebih RM1 juta, kepada golongan sasar di negeri itu yang terjejas akibat COVID-19, khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata, ia melibatkan bantuan makanan bulanan tambahan sebanyak RM100, melibatkan 8,640 penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf, berjumlah RM864,000 dan disalurkan terus ke sistem ‘MyAsnaf’.

10 NEGERI SARAWAK

Kerajaan Negeri

Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM1.15 bilion bagi menangani impak penularan wabak COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang mengandungi 16 inisiatif turut meliputi bantuan kepada barisan hadapan serta rakyat khususnya peniaga yang terjejas.

Pusat Zakat

TABUNG Baitulmal Sarawak (TBS) memperuntukkan RM80 juta bagi membantu golongan asnaf di negeri ini sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, jumlah itu adalah pertambahan peruntukan sebanyak RM5 juta berbanding RM75 juta yang disediakan tahun lalu.

11 NEGERI JOHOR

Kerajaan Negeri

Kerajaan Johor hari ini mengumumkan 15 insentif baharu dengan peruntukan RM17.5 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ehsan Johor bertujuan meringankan beban rakyat negeri ini yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, insentif tersebut dijangka memberi impak positif terhadap golongan yang terkesan ekonominya selain menambah baik perkhidmatan.

Pusat Zakat

Majlis Agama Islam Negeri Johor telah memutuskan bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah COVID-19 sama ada yang terjejas secara langsung atau tidak langsung di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia bermula daripada 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020.

12 NEGERI PULAU PINANG

Kerajaan Negeri

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini mengumumkan bantuan tambahan berbentuk Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang berjumlah RM75 juta bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung rakyat ekoran krisis wabak Covid-19.

Pusat Zakat

Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri ini dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata langkah itu diambil memandangkan golongan itu berdepan masalah hilang punca pendapatan susulan perintah yang dikeluarkan kerajaan berikutan penularan COVID-19.

13 NEGERI SABAH

Kerajaan Negeri

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan pakej bantuan RM670 juta bagi membantu mengurangkan kesan negatif penularan COVID-19 kepada rakyat Sabah.

Mohd Shafie juga mengumumkan 15 langkah “Pakej Bantuan COVID-19 Sabah” membabitkan pengagihan dana dan barangan keperluan harian kepada petugas barisan hadapan, kumpulan berpendapatan rendah, peniaga dan mereka yang kurang berkemampuan.

Pakej Rangsangan Ekonomi Pusat Zakat

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pakej bantuan RM670 juta bagi membantu mengurangkan kesan negatif penularan COVID-19 kepada rakyat Sabah.

Mohd Shafie juga mengumumkan 15 langkah “Pakej Bantuan COVID-19 Sabah” membabitkan pengagihan dana dan barangan keperluan harian kepada petugas barisan hadapan, kumpulan berpendapatan rendah, peniaga dan mereka yang kurang berkemampuan.

Pakej Rangsangan EKonomi Kerajaan Negeri dan Pusat Zakat Setiap Negeri

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma