Senarai Bantuan Kerajaan Buat Pelajar IPT Yang Boleh Dimanfaatkan

Kerajaan sentiasa komited dalam membantu rakyat yang mengalami kesusahan. Dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 di negara kita, kerajaan faham dengan situasi rakyat yang mengalami kesusahan terutama dari segi pengurangan pendapatan dan malah ada yang kehilangan kerja.

Setiap keluarga yang memerlukan bantuan kini boleh mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) manakala peniaga pula akan terima Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000. Tidak lupa juga golongan belia bujang berumur 21 tahun ke atas yang akan terima RM350 melalui BPR Bujang.

Memahami masalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa meneruskan pembelajaran di rumah, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan pelbagai jenis bantuan buat golongan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai bantuan buat pelajar IPT yang boleh dimanfaatkan.

SENARAI BANTUAN PELAJAR IPT

RM100 Melalui Program eBelia

Bagi belia dan mahasiswa yang layak, anda akan terima RM100 dalam bentuk kredit untuk Belanjawan 2021 kali ini. Ini adalah bagi menggalakkan penggunaan eWallet yang lebih kerap dan mengurangkan penggunaan wang fizikal untuk tujuan pembelian.

Program ini sebenarkan diperluas dari RM50 yang hanya memberi kepada belia. Kini, pelajar IPT juga layak untuk terima manfaat ini sebanyak RM100.

Baca Lebih lanjut: Program eBelia: Bantuan RM100 Buat Pelajar IPT

Kadar Pinjaman PTPTN Setiap Semester Dinaikkan

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk memperluaskan pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) khususnya daripada kumpulan B40.

KPT juga bersetuju untuk menaikkan kadar pinjaman PTPTN setiap semester seperti berikut:

  • Kenaikan sebanyak RM1200 iaitu daripada RM6800 kepada RM8000

Baca selanjutnya: Pelajar IPTS Akan Terima Wang Pendahuluan PTPTN & Kenaikan Kadar Pinjaman RM1200 Setiap Sem Mulai 2021

Bantuan Kewangan RM50

Pelajar baru yang mendapat tawaran ke Universiti Awam! Pelajar-pelajar baharu UA yang menerima tawaran kemasukan bagi sesi September 2020/2021 Program Ijazah Sarjana Muda Lepasan SPM/Setaraf melalui UPU Online adalah layak menerima Bantuan Kewangan one off RM50.

Untuk makluman anda, bantuan ini telah berjaya diagihkan oleh setiap universiti kepada pelajar yang layak.

Baca selanjutnya: Kemaskini Maklumat Untuk Terima Bantuan IPT RM50

Bantuan Pelan Data

Bantuan pelan data adalah bertujuan membantu pelajar B40 menghadapi proses pembelajaran secara dalam talian secara lebih mudah tanpa sebarang kesusahan. Pakej Pelan Data yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini adalah dengan kerjasama syarikat-syarikat komunikasi terlibat.

Baca: Cara Dapatkan Pakej Pelan Data Buat Pelajar IPT

Bantuan Peranti

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bekerjasama dengan pihak IPT dan menyelaraskan empat jenis bantuan pakej pelan data dan peranti kepada pelajar IPT yang mampu memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi sesi pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Bantuan peranti percuma akan diberikan kepada pelajar B40 yang layak sahaja. Pemilihan pelajar Universiti Awam B40 secara bersasar akan dibuat oleh pihak HEP UA. Pelajar yang terpilih akan dihubungi sendiri oleh pihak UA masing-masing.

Selain itu dalam bantuan peranti, semua pelajar IPT layak untuk terima tawaran menarik seperti berikut:

Baca selanjutnya untuk cara dapatkan tawaran menarik DI SINI.

Pelajar boleh gunakan bantuan-bantuan oleh kerajaan ini sebaiknya dalam meneruskan pembelajaran masing-masing di rumah sebelum kemasukan ke kampus masing-masing yang dijadualkan pada 1 Mac 2021. Sekiranya terdapat bantuan baru oleh kerajaan buat pelajar IPT, perkongsian ini akan dikemaskini semula.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma