PRE Ihsan Johor 3.0: Senarai Bantuan Rakyat & Bantuan RM500 Untuk Orang Johor

Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM126.86 juta untuk pemberian sekali beri (one-off) bagi rakyat negeri ini yang terjejas dengan pandemik Covid-19 termasuk golongan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan pada Khamis lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, PRE Ihsan Johor 3.0 akan menggunakan pendekatan secara sektoral di semua sektor masyarakat dan modal insan atau sektor pelancongan serta sektor perusahaan kecil dan sederhana yang akan mendapat manfaat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut senarai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0.

2 FOKUS UTAMA PRE IHSAN JOHOR 3.0

Terdapat 2 fokus utama Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 iaitu:

  • Pemerkasaan Pengurusan Pandemik
  • Pengukuhan Bantuan Keselamatan Sosial

SYARAT PENERIMA BANTUAN IHSAN JOHOR 3.0

PRE Ihsan Johor 3.0: Senarai Bantuan Rakyat & Bantuan RM500 Untuk Orang Johor

BANTUAN PRE IHSAN JOHOR 3.0

Penerima bantuan Pemerkasa Plus juga layak menerima bantuan Ihsan Johor 3.0. dalam usaha untuk memperkukuhkan bantuan keselamatan sosial ini.

  • Kerajaan Johor akan membeli Covid Test RTK Antigen dan dijangka melibatkan lebih 200 ribu rakyat Johor yang akan dilakukan secara Mass Testing Covid-19 ini adalah satu langkah terbaik bagi mengesan serta mengelak penularan Covid-19

Bantuan RM500

Bantuan One-off RM500 akan diberikan kepada:

  • PKS berdaftar PBT seperti penyewa premis milik PBT, peniaga pasar malam, pasar pagi, pasar tani dan penjaja
  • Pengusaha kantin sekolah
  • Pemegang lesen premis gunting rambut atau salun
  • Pemandu bas dan van sekolah
  • Penerima dalam senarai e-Kasih
  • Golongan imam, bilal dan noja
  • Individu yang hilang pekerjaan atau pendapatan
  • Ketua-ketua kampung

Baucar Barangan & Bakul Makanan

Selain itu, penyaluran baucar barangan bernilai RM200 kepada 300,000 penerima yang dikategorikan dalam keluarga B40 akan dilaksanakan:

  • Dengan kerjasama MyKasih Foundation dan akan diselaraskan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor dengan bantuan LHDN

Program bakul makanan bernilai RM100 juga akan diberikan kepada 20,000 rakyat yang merupakan dengan peruntukan RM2 juta yang akan diselaraskan oleh Yayasan Sultan Ibrahim (YSI).

Program Gerobok Makanan & Baucar KFC RM20

Bantuan sebanyak RM8 juta pula diberikan untuk ‘Program Gerobok Makanan’ yang akan memberi manfaat kepada hampir 100,000 rakyat terkesan manakala sebanyak 100,000 baucar KFC bernilai RM20 juga akan diberikan kepada golongan yang terkesan seperti:

  • mahasiswa
  • anak-anak yatim piatu
  • warga emas dan
  • lain-lain lagi

Bantuan Sumbangan Peranti

Bagi membantu pelajar di sekolah rendah dan menengah mengikuti program Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR), kerajaan negeri akan melaksanakan ‘Bantuan Sumbangan Peranti’ kepada sekolah di seluruh Johor.

Peranti itu nanti akan dijadikan sebagai aset sekolah dan kemudahan ini akan dipinjamkan kepada seramai 8,000 pelajar yang kurang berkemampuan.

Elaun Penggerak SV

Elaun khas juga akan diberikan kepada setiap penggerak Southern Volunteers (SV) sebanyak RM50 sehari yang akan melibatkan hampir 400 penggerak setiap hari membabitkan golongan belia secara amnya manakala peruntukan sebanyak RM 1.8 juta disediakan bagi latihan dalam talian di bawah seliaan Unit Strategik Modal Insan.

Bantuan Persatuan & Penggerak Seni

Kerajaan negeri juga akan melaksanakan pemberian bantuan sebanyak RM500,000 kepada persatuan dan penggiat seni di negeri Johor.

Bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan pengamal media dan penggerak Info on Wheels yang membuat penerangan dan advokasi tentang pandemik di seluruh negeri Johor, pemberian sebanyak RM500 akan diberikan kepada 300 orang individu terlibat.

PRE Ihsan Johor 3.0: Senarai Bantuan Rakyat & Bantuan RM500 Untuk Orang Johor PRE Ihsan Johor 3.0: Senarai Bantuan Rakyat & Bantuan RM500 Untuk Orang Johor PRE Ihsan Johor 3.0: Senarai Bantuan Rakyat & Bantuan RM500 Untuk Orang Johor

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma