Senarai Bantuan & Manfaat Buat Rakyat Diumumkan Dalam Bajet Mini 2023
Hari kedua sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 dijadual bermula dengan pembentangan bajet mini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri dijadual membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut senarai bantuan dan manfaat diumumkan dalam Bajet Mini 2023.
Isi Kandungan
PERUNTUKAN BAJET MINI DI BAWAH AKTA KUMPULAN WANG DISATUKAN
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.
Ia susulan Rang Undang-Undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Januari 2023, maka peruntukan perlu dikeluarkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Januari sehingga tarikh Rang Undang-Undang Perbekalan bagi 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.
Selepas kelulusan RUU mini itu, kerajaan dijangka membentangkan belanjawan susulan yang menyeluruh kira-kira sebulan selepas sidang Parlimen minggu ini.
SENARAI BANTUAN & MANFAAT DALAM BAJET MINI 2023
Antara bantuan dan manfaat kepada rakyat Malaysia yang diumumkan menerusi bajet mini 2023 adalah:
- Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini. Bantuan ini melibatkan RM300 untuk isi rumah dan RM100 untuk individu bujang.
- Bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
- Bantuan Kewangan Khas RM700 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah & RM350 kepada pesara kerajaan.
- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas RM100 kepada penjawat awam Gred 11 ke 56
- Bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.
- Elaun Sara Hidup Tajaan JPA diseragamkan dan dinaikkan RM100 bagi pelajar dan pegawai tajaan JPA dalam negara untuk semua peringkat pengajian
- Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat melebihi 10 tahun daripada 10 hari kepada 15 hari.
- Gantian Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai daripada 160 hari kepada 180 hari. Kebenaran penebusan awal Gantian Cuti Rehat dinaikkan sehingga maksimum 90 hari
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 RM600 dibayar pada Mac 2023
TARIKH PEMBENTANGAN BAJET 2023
Menurut Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahum, Bajet 2023 secara keseluruhan akan dibentangkan semula pada:
- Februari 2023