Ini 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019

Sempena Hari Kebahagiaan Sedunia pada 20 Mac lalu, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) telah mengeluarkan satu senarai bandar yang paling bahagia di Malaysia pada tahun 2019.

Dalam senarai tersebut, dua bandar di Melaka yang tersenarai adalah Jasin dan Bandar Melaka. Manakala dua bandar di Pahang yang tersenarai pula adalah Kuantan dan Bentong.

Cuba anda semak senarai bandar di negeri lain juga yang tersenarai sebagai bandar paling bahagian di Malaysia. Mana tahu, dalam tidak sedar sebenarnya anda sedang berada di bandar paling bahagia!

Bagaimana pula kebahagiaan sesebuah bandar itu diukur?

Berikut adalah perkongsian mengenai cara kebahagiaan sesebuah bandar tersebut diukur dan senarai penuh 10 bandar yang dicatatkan bandar paling bahagia di Malaysia.

ASAL-USUL HARI KEBAHAGIAAN SEDUNIA

United Nation General Assembly telah meluluskan resolusi 65/309 Happiness: Towards a Holistic Definition of Development pada tahun 2011 lalu.

Susulan daripada kelulusan resolusi itu, World Happiness Report yang pertama telah diterbitkan pada tahun 2012 sebagai input kepada UN High Level Meeting: Wellbeing and Happiness: Defining a New Economic Paradigm.

Seterusnya, United Nations telah memperkenalkan International Day of Happiness atau Hari Kebahagiaan Sedunia pada tahun 2012 dengan idea yang dicetuskan oleh Jayme Illien.

Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia

Bandar Yang Tersenarai Sebagai Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019

Pada tahun yang sama, International Day of Happiness telah dipersetujui secara sepakat oleh kesemua 193 ahli United Nation General Assembly. Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac.

  • Sambutan ini bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat.
  • Ini adalah selaras dengan matlamat PBB untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan melalui aspirasi universal dalam kehidupan manusia di seluruh dunia.
  • Aspek kebahagiaan ini juga selaras dengan Doktrin Perancangan Sejagat yang diperkenalkan PLANMalaysia yang menjadi asas dan falsafah dalam pembangunan dan perancangan negara.

Selaras dengan sambutan tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia turut menyambutnya setiap tahun bermula tahun 2015.

BAGAIMANA KEBAHAGIAAN SESEBUAH BANDAR DIUKUR?

Kebahagiaan sesebuah bandar diukur dengan menggunakan Indeks Kebahagiaan yang merupakan kayu ukur umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

14 Komponen Utama Yang Dinilai

Bandar Yang Tersenarai Sebagai Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019

Indeks kebahagiaan merupakan salah satu indikator dalam MURNInets yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi 14 komponen utama, antaranya:

  • Tahap kehidupan dan kesihatan;
  • Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
  • Keseronokan bekerja;
  • Pengurusan kewangan;
  • Hubungan dengan jiran;
  • Aktiviti bersama komuniti;
  • Keselamatan kawasan kediaman;
  • Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
  • Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
  • Kualiti alam sekitar.

Baca juga: Lebih Dari 20 Jam Berpuasa, Ini 4 Negara Yang Mempunyai Masa Puasa Terpanjang Di Dunia

Kajian Indeks Kebahagiaan di Malaysia

Kajian Indeks Kebahagiaan telah dilaksanakan oleh PLANMalaysia bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia.

  • Indeks ini membantu PBT mengenalpasti tahap kegembiraan dan kesejahteraan penduduk dalam kawasan bandar dan pentadbiran mereka.
  • Hasil kajian membantu PBT menambahbaik sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada penduduk.

Melalui kajian yang dilakukan, pada tahun 2019 PLANMalaysia telah mengenalpasti 10 bandar paling bahagia di Malaysia melalui Indeks Kebahagiaan.

SENARAI BANDAR PALING BAHAGIA DI MALAYSIA

Berikut adalah senarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019.

Bandar Yang Tersenarai Sebagai Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019

 

KENAPA SABAH DAN SARAWAK TIADA DALAM SENARAI?

Bandar Yang Tersenarai Sebagai Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019

Untuk makluman, hanya ada satu PBT dari Sabah (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) dan tiga PBT dari Sarawak (Bintulu, Kota Samarahan dan Sibu) yang menyertai soal selidik Indeks Kebahagiaan tahun 2019.

Kesemua PBT ini sangat komited dan telah mencapai tahap ‘sederhana bahagia’ dalam kajian soal selidik tersebut. Sebab itu lah negeri ini tidak tersenarai dalam bandar paling bahagia.

Baca juga: Guru Di Malaysia Tidak Makan Gaji Buta, Ini Buktinya Tangga Kedua Di Dunia

Jadi bagaimana? Adakah anda sedang berada di dalam bandar yang paling bahagia di Malaysia? Semoga perkongsian ini dapat memberi info tambahan buat pengetahuan anda semua!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma