Semakan Jadual Ujian MEdSI Bagi Kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS

Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum ini telah membuka permohonan untuk kemasukan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) buat lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk bina kerjaya dalam bidang pendidikan tetapi tiada kelayakan pengajian dalam pendidikan.

Untuk ambilan yang dibuka ini, pemohon tidak perlu memohon melalui laman UPUOnline sebaliknya hanya menggunakan laman permohonan UMS. Bagi yang telah buat permohonan, anda kini boleh buat semakan jadual menduduki ujian MEdSI.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat semakan jadual ujian MEdSI.

PROGRAM PENGAJIAN TERLIBAT

Semakan kelayakan Ujian MedSI UMS adalah bagi calon yang telah memohon pengajian sesi akademik 2022/2023 program:

  • Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah sesi 2022/2023 kemasukan September

TARIKH SEMAKAN UJIAN MEDSI UMS

Semakan permohonan kemasukan ke UMS bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah boleh dibuat pada tarikh berikut:

  • Mulai 26 Mei 2022

TARIKH UJIAN MEDSI

Untuk makluman anda, ujian MEdSI akan dijadualkan pada:

  • 1 Jun 2022 sehingga 12 Jun 2022

Sehubungan itu, calon yang telah buat permohonan boleh menyemak jadual menduduki ujian tersebut bermula tarikh dinyatakan di atas.

CARA BUAT SEMAKAN JADUAL MEDSI UMS

Semakan tawaran kemasukan ke Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS boleh dibuat secara online dalam tempoh ditetapkan melalui pautan berikut:

Calon juga dinasihatkan untuk buat semakan jadual melalui email yang telah didaftarkan semasa permohonan. Setiap calon akan menerima email  bagi penjadualan ujian masing-masing.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan tawaran kemasukan ke Program Pendidikan UniSZA, anda boleh hubungi:

  • Tel: +609 668 8888

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma