Semakan Kemasukan Murid Tingkatan 3 Ke Sekolah Berasrama Penuh Kini Dibuka

Perhatian ibu bapa dan calon yang telah mohon kemasukan ke Tingkatan 3 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dibuka secara one-off sebelum ini! Semakan Kemasukan Murid Tingkatan 3 (secara one off) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2022 boleh dibuat mulai 16 Julai 2022.

Semakan bagi calon yang berkelayakan boleh dibuat secara atas talian di laman web yang disediakan. Bagi calon yang berjaya sila semak emel (yang telah didaftarkan) untuk mendapatkan surat dan lampiran tawaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh penting semakan dan pendaftaran serta panduan buat semakan kelayakan kemasukan ke SBP.

Isi Kandungan

TARIKH SEMAKAN

Semakan tawaran kemasukan murid Tingkatan 3 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Secara One-off tahun 2022 dibuka pada:

  • Tarikh semakan: 15 Julai 2022 hingga 1 Ogos 2022

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP boleh buat pendaftaran pada:

  • Tarikh pendaftaran: 1 Ogos 2022

CARA BUAT SEMAKAN

Calon yang telah buat permohonan kemasukan ke Tingkatan 3 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2022 yang dibuka sebelum ini boleh buat semakan dalam tempoh ditetapkan di pautan berikut:

Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan disediakan dan klik Enter.

Bagi calon yang berjaya sila semak emel (yang telah didaftarkan) untuk mendapatkan surat dan lampiran tawaran bermula 18 Julai 2022 jam 3 petang.

Bagi calon yang tidak berjaya, tiada RAYUAN kemasukan dibuka. Sekiranya, calon masih berminat dengan pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 tahun 2023 pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma