Semakan Tawaran Kemasukan Program Sarjana Muda UiTM Melalui UPU & Online UiTM Dibuka

Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma dan setaraf yang telah mohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Mula melalui UPUOnline dan Online UiTM penerapan diminta ambil perhatian! Mulai 27 September 2022, anda dah boleh mula buat semakan keputusan permohonan dan tawaran ke program pengajian yang dimohon.

Semakan tawaran permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa ini boleh dibuat secara online pada tarikh ditetapkan dan melibatkan beberapa kategori permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kategori permohonan yang terlibat dan panduan buat semakan tawaran permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa.

KATEGORI PERMOHONAN

Semakan surat tawaran ke Program Sarjana Muda Sepenuh Masa Sesi 1 2022 (Oktober 2022) mengikut kategori permohonan berikut:

Permohonan Melalui Online UPU

  • Lepasan STPM/ Matrikulasi KPM/ Asasi/ STAM/ Diploma UiTM/ DVM/ DKM/ DLKM/ Diploma IPT Lain

Permohonan Melalui Online UiTM (Penerapan)

  • Lepasan penerapan semester akhir asasi undang-undang UiTM (P1005)
  • Lepasan Penerapan semester akhir diploma UiTM
  • Lepasan Diploma UiTM (yang memohon program perubatan, pergigian & farmasi)

TARIKH SEMAKAN

Semakan tawaran ke Program Sarjana Muda Sepenuh Masa bagi kategori permohonan terlibat boleh dibuat pada tarikh berikut:

  • Mulai 27 September 2022 (jam 12 tengahari)

CARA BUAT SEMAKAN

Semakan tawaran ke Program Sarjana Muda Sepenuh Masa bagi kategori permohonan terlibat boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut semakan tawaran ke Program Sarjana Muda Sepenuh Masa, anda boleh terus ke laman web tersebut.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma