Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA Tahun 2022
RISDA menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) khas buat pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah. Pekebun kecil yang layak akan menerima bantuan sekali bayar yang berjumlah RM600 setiap seorang daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Untuk makluman anda, permohonan BMT 2022 dibuka mulai 5 Mei 2022 hingga 15 September 2022. Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagi yang telah mohon, anda boleh buat semakan dari masa ke semasa melalui laman web disediakan.
Isi Kandungan
JUMLAH BANTUAN
Pekebun yang layak akan terima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak:
- RM600 setiap orang
Bantuan akan dilaksanakan dua kali iaitu pada:
- November 2022 (RM300)
- Disember 2022 (RM300)
Seorang Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Penoreh Bukan Pemilik hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.
TARIKH PENTING PERMOHONAN & RAYUAN
Berikut adalah tarikh penting permohonan dan rayuan yang perlu diambil perhatian:
- Tarikh permohonan: 5 Mei 2022 hingga 15 September 2022
- Tarikh rayuan: 16 September 2022 hingga 31 Oktober 2022
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Semakan status permohonan bagi pemohon yang telah buat permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan ikut langkah berikut:
- Pergi ke laman https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik HANTAR
- Status permohonan anda akan dipaparkan
Bayaran bantuan bagi pemohon yang berkelayakan dan telah diluluskan akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah untuk membuat semakan status, anda boleh hubungi pejabat RISDA.