Semakan Panggilan Temu Duga Bagi Calon Rayuan Pengambilan Guru Secara One Off 2021

Sebelum ini Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan bahawa graduan dan bakal graduan yang telah memohon bagi urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off Tahun 2021 yang telah diiklankan pada Julai 2021 tetapi tidak dipanggil temu duga boleh mengemukakan rayuan.

Ramai calon yang tidak putus harapan dan buat permohonan rayuan untuk pengambilan jawatan ini. Bagi calon yang telah kemukakan permohonan rayuan sebelum ini, kini anda boleh buat semakan secara online melalui laman yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat semakan panggilan temuduga.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN

Semakan panggilan temuduga bagi calon yang telah buat permohonan rayuan boleh buat semakan mulai:

  • Tarikh semakan: Mulai 9 Disember 2021

CARA BUAT SEMAKAN CALON RAYUAN

Calon yang telah buat permohonan rayuan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 secara one off tahun 2021 boleh buat semakan bagi panggilan temu duga melalui pautan berikut:

Calon hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik Hantar untuk buat semakan. Keputusan rayuan akan dipaparkan. Bagi calon yang berjaya, anda boleh semak tarikh dan masa temuduga.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma